RENUNG-RENUNGKAN LAH WAHAI SAHABAT


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah A-Maidah ayat 8)


Khamis, 21 Mac 2013

SEKARANG FAHAMLAH KITA KENAPA RCI SABAH DITANGGUHKAN!

Ramai mungkin tertanya-tanya kenapa RCI berhubung pemberian kad pengenalan kepada pendatang di Sabah ditangguhkan kononnya akibat daripada serangan oleh penceroboh Sulu di Lahad Datu. Tentu ramai yang musykil, apa kena mengena kes di Lahad Datu sampai boleh memberi kesan urusan di Kota Kinabalu yang beratus batu jauhnya daripada Lahad Datu?

Akhirnya kita mendapat jawapannya seperti di bawah ini:


SPR: Malang PRU sebelum RCI selesai

Kuek Ser Kuang Keng
9:47AM Mac 21 2013

Suruhanjaya Pilihan Raya berkata, "malang" sekali pilihan raya umum akan diadakan sebelum suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung pendatang di Sabah selesai, kerana pembersihan daftar pemilih hanya dapat dibuat selepas itu.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Wan Omar berkata, bawah peraturan pilihan raya, badan itu mempunyai hak membersihkan daftar pemilih sekiranya terbukti di mahkamah dan dalam kes ini termasuk RCI.

Bercakap dalam sesi taklimat di Kelab Koresponden Asing Malaysia di Kuala Lumpur malam tadi, beliau berkata, selagi RCI belum selesai, pembersihan itu tidak dapat dilakukan walaupun terdapat pengundi yang meragukan.

Wan Ahmad berkata demikian ketika menjawab soalan sama ada SPR menyemak pemilih meragukan dalam daftar pemilih berdasarkan pengakuan saksi semasa sesi pendengaran RCI - Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan