|
APAKAH PERTEMBUNGAN DUA SETERU POLITIK INI AKAN DAPAT KITA SAKSIKAN DI SHAH ALAM? |
Bekas pemimpin PAS Selangor yang telah ditendang keluar oleh partinya, Dato' Dr Hasan Ali atau lebih popular dengan nama Hasan Jati sering mendabik dada bahawa beliau masih punya pengikut akar umbi di kalangan penyokong-penyokong PAS, malahan turut mendapat dokongan daripada beberapa orang pimpinan Dewan Ulamak PAS Pusat.
Beliau juga mendakwa telah mendapat pandangan dan cadangan daripada para penyokongnya di dalam PAS supaya bertanding di Parlimen Shah Alam yang kini disangdang oleh "seteru" politiknya YB Khalid Samad.
Amat mudah sekali kita menebak akan berahinya Hasan Ali untuk bertandang ke Shah Alam bagi mengadu untung nasibnya pada PRU kali ini adalah semata-mata atas dendam kesumatnya terhadap YB Khalid. Umum sudah mengetahui akan sebab musababnya kenapa beliau begitu mendendami Khalid.
Namun, apakah UMNO-BN akan menyediakan permaidani merah menyambut "perwira Melayu" tersebut bertandang ke Shah Alam? Jawapannya sudah pasti tidak! UMNO sendiripun menghadapi masalah untuk menyediakan kerusi kepada para pemimpin dan ahlinya yang begitu ramai berebutkan kerusi, mana mungkin mereka akan memberi kerusi percuma kepada orang yang bukan menjadi ahli partinya.
Kini pilihan yang ada, dan hampir pasti akan direbut oleh Hasan Jati adalah bertanding menggunakan lambang BERJASA di bawah panji-panji ISMA, pertubuhan yang begitu menyanjunginya. Oleh yang demikian besar kemungkinannya kita bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru di Shah Alam yang melibatkan PAS, BN dan Berjasa.
Jika ini terjadi bagaimana untung nasib Hasan Jati? Mungkin beliau tidak memikirkan sangat akan kalah menangnya. Mungkin beliau lebih berkehendakkan Khalid Samad kecundang walaupun beliau tidak menang!
saya sokong sgt hassan kayu jati calon isma/umno disitu...memang bnyk kayu2 shah alam akan berikan undi kpd dia..senangnya org2 Pakatan Rakyat akan benamkan dia dr peta politik diMalaysia..hassan kayu ni xsedar diri bahawa org ramai menyampahkan nya ,
BalasPadam