RENUNG-RENUNGKAN LAH WAHAI SAHABAT


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah A-Maidah ayat 8)


Jumaat, 1 Mac 2013

"HUGUAN SIOU" TUNDUK KEPADA PARTI YANG MENJATUHKAN KERAJAAN PIMPINANNYA?

Sebagaimana yang didedahkan sepanjang RCI berkaitan pemberian kerakyatan dikatakan berlaku di Sabah pada tahun 90an, kerajaan persekutuan pimpinan UMNO adalah merupakan dalang operasi tersebut.

Terbaru, salah seorang bekas tahanan ISA mendedahkan secara terperinci bagaimana operasi tersebut dijalankan dan siapakan yang memberikan arahan seperti DI SINI

Sekiranya apa yang dinyatakan adalah benar, maka kita tertanya-tanya kenapa pemimpin Kadazandusun masa kini yang mendapat gelaran "Huguan Siou" atau "Paramount Leader" iaitu Tan Sri Datuk Seri Panglima Jeseph Pairin Kitingan sanggup tunduk kepada UMNO-BN dengan membawa partinya bergabung dengan BN.

Kalau betullah apa yang didedahkan itu bahawa tujuan operasi tersebut adalah untuk menumbangkan parti PBS daripada menjadi kerajaan Negeri Sabah, tentulah amat memalukan seorang "Huguan Siou" boleh tunduk pula kepada UMNO-BN!

Wahai orang-orang Kadazandusun buka lah mata anda!

1 ulasan:

  1. Hougan Siou, persetankan dgn TS Pairin Kitingan. Skrg stlh sume sedar maruah Hougan Siou tercabar oleh perbuatan gerombolan. Krn nak meramaikan pengundi Islam gerombolan sanggup menjual negara dgn memberi IC kpd pendatang tanpa izin Filipinz, Indonesia, Pakistan, India dsbnya kat Sabah. Ini kali lah, UBAH!!!!! Tolak BN, pangkah PR!!!!!!!

    BalasPadam