RENUNG-RENUNGKAN LAH WAHAI SAHABAT


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah A-Maidah ayat 8)


Khamis, 21 Mac 2013

PEMUDA GERAKAN SAYANG SANGAT KAT EXCO PAS KEDAH?

Baca dan tafsir sendiri lah beb......semua ini adalah natijah daripada tindakan bodoh kita sendiri yang mana akhirnya dieksploitasi oleh pihak musuh. Dalam saat-saat PRU begitu hampir, sepatutnya kita hentikanlah tindakan bodoh bangang!

Petikan dari Malaysiakini:


Pemuda Gerakan lapor polis kejadian exco 'dikunci'

Bernama
6:51PM Mac 20 2013

Pemuda Gerakan Kedah hari ini membuat laporan polis berhubung kejadian Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah Datuk Phahrolrazi Zawawi 'dikunci' dalam kawasan sebuah sekolah agama di Bukit Besar, Yan, Sabtu lepas.
Ketuanya Tan Keng Liang berkata laporan polis itu dibuat kerana pihaknya melihat perbuatan tersebut sebagai mengancam keselamatan Phahrolrazi yang juga anggota exco kerajaan negeri Kedah.

"Kita prihatin dengan apa yang terjadi... Kita tidak mahu beliau yang mungkin juga calon pada pilihan raya umum ke-13 terancam keselamatannya," kata Teng pada sidang media selepas membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar di Alor Setar.

Beliau juga meluahkan rasa kecewa dengan tindakan sesetengah pihak yang turut mengaitkan insiden itu dengan BN.

Ini membabitkan masalah dalaman parti PAS dan BN langsung tiada kaitan. Laporan polis ini kerana kami melihat insiden sebagai ancaman keselamatan terhadap Phahrolrazi, katanya.

Menurut Teng, perbuatan menghalang pergerakan seseorang itu adalah salah mengikut Seksyen 339 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sebulan dan denda tidak lebih RM1,000 jika sabit kesalahan.

Katanya pihak berkenaan juga boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Seksyen 340 kanun yang sama.

Akhbar sebelum ini melaporkan Phahrolrazi mendakwa beliau 'dikunci' dalam kawasan sekolah agama itu selama dua jam, bagi menghalang beliau daripada berucap di satu ceramah di Kampung Kabu, Sungai Limau, Yan, yang merupakan kawasan  Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Dakwa Phahrolrazi, beliau sebelum itu dihubungi oleh pengetua sekolah agama tersebut namun sebaik masuk ke dalam kawasan sekolah berkenaan pintu pagar dikunci.

- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan