RENUNG-RENUNGKAN LAH WAHAI SAHABAT


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah A-Maidah ayat 8)


Rabu, 13 Mac 2013

SISWA LETAK CALON DI PRU 13, APA KESANNYA KEPADA PR DAN BN?

Mohd Bukhairi Sufian
Diberitakan bahawa Gerakan Mahasiswa 13 (GM13) akan meletakkan tujuh orang calon mereka untuk bertanding pada Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU 13) yang akan berlangsung dalam sedikit masa lagi, dan mereka bersedia untuk mengumumkan calon-calon mereka apabila parlimen dibubarkan.

Penyelaras GM13, Mohd Bukhairi Mohd Sufian berkata demikian kepada pemberita selepas Forum Dimensi Politik Baru Mahasiswa 2013 di Universiti Malaya di Kuala Lumpur, malam tadi. Turut menjadi panel forum itu ialah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dan Presiden Karisma Marwan Kahar.

Antara kawasan yang menjadi pertimbangan mereka untuk meletakkan calon adalah parlimen Pekan yang sudah pasti akan ditandingi PM Najib Razak.

Sudah tentulah sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, tiada siapa yang berhak menghalang mana-mana warga negara yang cukup syarat-syaratnya untuk bertanding dalam pilihanraya, sepertimana yang dibuktikan oleh "Nenek Penjual Kain" yang bertanding pada PRU 12 di Kuala Terengganu. Sementelahan pula, mahasiswa kini telahpun dibebaskan untuk bermain politik.

Namun begitu, adakah dua blok parti politik yang kini mendominasikan ruang politik negara akan bermurah hati memberi ruang untuk para siswa ini berpencak di gelanggang yang mereka turut idamkan. Malahan, sesama komponen baik di dalam PR mahupun BN, juga terjadi percakaran kerana berebut kerusi, mana mungkin mereka akan memberi ruang kepada anak-anak muda ini.

Kalau begitu keadaannya, sudah pasti akan berlaku pertembungan tiga penjuru yang sedikit sebanyak akan memberi impak kepada dua blok parti yang dominan tersebut.

Saya amat percaya bahawa kalau kumpulan siswa tersebut bertanding secara solo tanpa menjadi proksi atau gabungan mana-mana blok, mereka hanya sekadar akan menjadi "pengacau daun" !

Apakah pihak PR akan membiarkan GM13 ini mencabar Najib di Pekan, yang mana kelak pasti akan di momok-memekkan oleh BN bahawa mereka takut untuk bertemu Najib?

Hanya sekadar renungan ......... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan