RENUNG-RENUNGKAN LAH WAHAI SAHABAT


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah A-Maidah ayat 8)


Selasa, 27 September 2011

ADAKAH MISMAH ATAU SUAMINYA SEORANG PROFESIONAL ATAU PELABUR?


Pemuda PAS mohon agar Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Alias Ahmad menjawab isu Mismah yang mendapat status penduduk tetap kepada rakyat Malaysia.
Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat juga memohon agar Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Datin Jariah Mohd Said memberi jawapan kepada rakyat Malaysia bagaimana Mismah yang mendapat status PR daripada Jabatan Imigresen tidak sampai satu tahun boleh diterima sebagai warganegara Malaysia pada 31 Januari 2011.

“Bukankah Mismah sudah melanggar peraturan Jabatan Imigresen? Apakah beliau layak untuk menjadi warganegara?” soalnya dalam satu kenyataan.

Beliau merujuk laporan Utusan Malaysia pada 23 September 2011, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Alias Ahmad telah membuat ulasan mengenai tuduhan rakyat Bagladesh mendapat status Penduduk Tetap atau Permanent Residen (PR) di negara kita.

Kenyataan beliau adalah seperti berikut:

''Peraturan Imigresen sedia ada tidak membenarkan pekerja asing yang memegang pas lawatan kerja sementara untuk memohon PR di negara ini.”
“Di bawah Akta Imigresen 1963, hanya suami atau isteri warga asing yang berkahwin dengan rakyat Malaysia berserta anak-anak berusia di bawah enam tahun dan menetap selama lima tahun berturut-turut di Malaysia layak memohon PR”.

“Permohonan turut dibuka untuk kumpulan pelabur, pakar serta golongan profesional yang diperakukan oleh agensi kawal selia.”

Justeru, Pemuda PAS berpendapat bahawa kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen adalah merujuk peraturan di jabatan tersebut seperti yang terdapat dalam laman berikut : http://www.pinoy-abroad.net/img_upload/9bed2e6b0cc5701e4cef28a6ce64be3d/Guide_to_Permanent_Residency__Malaysia_.pdf
Dalam peraturan yang terdapat dalam Jabatan Imigresen memberi syarat bahawa mereka yang memohon PR hendaklah memiliki entry permit dan telah tinggal di negara ini selama 5 tahun.

Kumpulan yang berkelayakan untuk mendapat entry permit adalah seperti kumpulan profesional, anak kumpulan profesional di bawah enam tahun, isteri kumpulan profesional, mempunyai kebenaran daripada Menteri Dalam Negeri atas kepentingan ekonomi negara, anak bagi warganegara yang berumur bawah enam tahun dan kes-kes khas.
Kata Suhaizan, Pemuda PAS ingin merujuk kes Mismah yang disiarkan pada 12 dan 14 Ogos 2011 oleh akhbar Sinar Harian.

Mismah atau nama sebenarnya adalah Nismah Binti Naim, 47, berasal daripada kepulauan Bawean, Indonesia.

Suami beliau bernama Mawasi Bin Mawardi, 51, juga mendapat status Penduduk Tetap.

Mismah masuk negara kita pada tahun 1982 sebagai buruh binaan. Pada tahun yang sama iaitu 17 Julai 1982 Mismah sudah mendapat satus PR.

Menurut Suhaizan, ini memberi maksud bahawa tidak sampai satu tahun Mismah tinggal di negara ini beliau sudah memperolehi status PR.

“Kes Mismah ini bertentangan dengan kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Alias Ahmad yang menyatakan bahawa hanya suami atau isteri warga asing yang berkahwin dengan rakyat Malaysia berserta anak-anak berusia di bawah enam tahun dan menetap selama lima tahun berturut-turut di Malaysia layak memohon PR,” katanya.
Pemuda PAS, tambahnya berpendapat bahawa terdapat kemungkinan 4 perkara yang bertentangan dengan peraturan Jabatan Imigresen dalam kes Mismah mendapatkan status PR iaitu Mismah bukan seorang profesional, suami Mismah bukan seorang warganegara, suami Mismah bukan seorang profesional dan Mismah hanya tinggal tidak sampai satu tahun di negara ini.

“Mismah ini hanyalah satu kes contoh sahaja. Pemuda PAS sangat khuatir berkenaan pemberian status PR kepada ribuan warga asing dalam negara ini,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda PAS Johor.

Beliau berkata, pemberian hak kerakyatan kepada mereka yang tidak layak dan bertujuan untuk kepentingan parti politik tertentu adalah suatu pengkhianatan kepada negara.

Tegasnya, Pemuda PAS akan terus mendedahkan kepada rakyat Malaysia berkenaan manipulasi dalam pilihan raya khususnya yang berkait dengan daftar pemilih dan undi pos.

Khamis, 22 September 2011

TAJA HAJI, ADILKAH KEPADA PAKCIK DAN MAKCIK YANG TUNGGU LEBIH 20 TAHUN?

Diberitakan, seramai 111 imam dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (sudah pasti bukan negeri Pakatan Rakyat la kot...) telah ditaja oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk menunaikan haji pada tahun ini sebagai menghargai peranan dan sumbangan mereka kepada masyarakat. Diberitakan juga, Najib turut menghulur sumbangan peribadi sebanyak RM1000 kepada setiap seorang daripada mereka sebagai wang saku semasa menunaikan fardhu haji kelak.

Alhamdulillah, sumbangan para imam dan pengerusi JKKK yang tidak ternilai itu dihargai dan mendapat ganjaran yang setimpal. Kita tidak harus mempertikaikannya. Baguslah kalau ada pihak yang mahu memberi sumbangan sebegitu.

Namun apabila difikirkan sehalus-halusnya adakah tindakan ini betul?  Makcik dan pakcik FELDA, buruh kasar, petani, nelayan dan sebagainya ada yang mengumpul duit seumur hidup bagi tujuan menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Dengan penuh semangat, mereka pergi mendaftar nama di Tabung Haji untuk menunaikan rukun Islam yang kelima itu.  Bila sampai di Tabung Haji alangkah terkedunya mereka apabila diberitahu tarikh mereka akan terpilih menunaikan fardu haji adalah 20 tahun lagi! Alahai,sempai ke pakcik pergi Mekah ni, keluh pakcik tersebut dengan nada sayu nan mendayu.

Seorang rakan baru saja mendaftar nama untuk menunaikan fardu haji minggu lepas. Beliau terpilih menunaikan fardu haji pada tahun 2040!

Menurut beberapa sumber maklumat, sehingga kini sudah lebih 600 ribu orang telah mendaftar dan sedang menunggu giliran untuk menunaikan fardhu haji. Bayangkan kalau setahun hanya seramai 28,000 orang saja terpilih menunaikan fardhu haji (mengikut kuota yang ditetapkan), bilakah orang yang 600 ribu itu akan berangkat ke Tanah Suci?

Betapa untungnya 111 orang itu, sudahlah semua disponsor, adakah mereka juga perlu menunggu giliran seperti bakal-bakal haji yang lain?

Selasa, 20 September 2011

ISU HANTU BONCENG - KUPASAN AL-BAKISTANI AMAT MEYAKINKAN

Salah satu isu sensasi ataupun cuba disensasikan di persekitaran dunia cyber yang terkini ialah isu terdapat unsur-unsur penghinaan terhadap Islam dan Nabi Muhamad s.a.w. dalam adegan sebuah filem terbaru "Hantu Bonceng".

Filem arahan Ahmad Idham dikatakan terselit dialog yang mempersendakan syahadah.  Sudah menjadi lumrah kita di kalangan umat Islam negara ini, khususnya orang Melayu, apabila dikhabarkan saja ada pihak yang menghina Islam mereka akan bingkas melahirkan reaksi, yang kadang-kala tanpa usul periksa. Malahan orang yang jarang atau tak pernah sembahyang pun akan bingkas melenting, kalau boleh akan menghunuskan keris.

Kita seharusnya berbangga dengan semangat cintakan Islam sebegini. Namun kalau kita semberono atau membabi-buta bertindak, tentu natijahnya menjadi lain..... Tinta Tajam amat tertarik dengan kupasan blog Al-Bakistani mengenai isu ini. Ulasannya penuh dengan hujah-hujah akademik yang meyakinkan.


DI MANA SALAHNYA UNGKAPAN ZIZAN DARI HANTU BONCENG ITU?



dalam filem hantu bonceng. Dikatakan ada unsur menghina Nabi Muhammad SAW. Ramai yang menyuruh aku mendengar dan melihat sendiri. tetapi, pada malam ini baru ada kesempatan untuk melihat..

dari klip video yang dikepilkan, padaku, dialog tersebut adalah seperti berikut;

"Wa Asyhadu Anna Muhammad.......... Syaitan !!!!"

bukan seperti berikut;

"Wa Asyhadu Anna Muhammad Syaitan.".

Kalau kita perhatikan, ia sebenarnya mempunyai dua ayat. Ayat pertama adalah, "Wa Asyhadu Anna Muhammad...... " iaitu ayat yang tidak sempurna.. atau dalam pengajian ilmu balaghah, ia disebut kalam naqis, iaitu kalam yang ada kalimah mahzuf. Kalam naqis ini, perlu ditaqdirkan kalam sahaja. iaitu, jika dilihat pada ayat ini, hanya perlu ditambah "Rasulullah".

Kalam Naqis ini, ia boleh berlaku dalam penulisan dan perkataan. tetapi, dalam perkataan adalah yang kerap berlaku. Ini kerana, dalam perkataan ini sering kali berlaku keguguran kalimah, dengan berfaktorkan banyak faktor; seperti terlalu cepat bercakap.

adapun ayat kedua adalah "Syaitan !!!".. Dalam pengajian balaghah, ia boleh diistilahkan sebagai kalam Iijaz hazf (ringkasan yang dibuang. dalam ilmu Balaghah, Kalam Iijaz ini ada dua, iaitu Iijaz Hazf dan Iijaz Qasr). Ia seperti seseorang yang melihat harimau dalam keadaan takut, lalu dia hanya menyebut "harimau!!!", walhal yang dikehendaki oleh orang yang takut itu adalah, "seekor harimau telah datang kepadaku".

kesimpulannya, jeritan Zizan dari filem Hantu Bonceng itu sebenarnya mengandungi dua ayat, atau dalam istilah pengajian nahu disebut sebagaia dua jumlah, iaitu 1- "asyhadu Anna Muhammad....." dan 2- "Syaitan...!!!!".

jadi, ia tidak sepatutnya menjadi isu. namun begitu, sepatutnya bagi pihak pengarah filem, perlu juga berhati-hati dalam perkara ini, agar tidak terjadi seperti yang sedang dibisingkan pada hari ini..

Isnin, 19 September 2011

AWAS SINDIKET DI DUTY-FREE SHOP

Seorang rakan daripada India menghantar emel mengenai cerita di bawah ini. Sama ada berita ini benar ataupun tidak, tidak dapat dipastikanlah. Walau bagaimanapun tidak salah kita ambil untuk dijadikan peringatan dan iktibar.

An Indian was detained in Bangkok for stealing a box of cigarettes in a duty-free shop in Bangkok International Airport . He had paid for chocolates and a carton of cigarettes. The cashier put an extra pack of cigarettes into his bag and he thought it was a free pack. He was arrested for shop-lifting and the Thai Police extortion price was 30,000 Baht for his release.

He spent two nights in jail and paid 500 Baht for an air-conditioned cell, 200-300 baht for each visitor and 11,000 baht for his final release. The Police shared the money in front of his eyes. On top of that, he was charged in court and fined 2,000 baht by the magistrate and handcuffed and escorted to his plane.

His passport was stamped "Thief". While there, his relatives requested help from the Indian Embassy and was told that they are helpless, and many Asians are victimized similarly daily and letters and phone calls to the Thai authorities are ignored. He shared a cell with a Singaporean the first night who paid 60,000 baht for his release. The second night was a Malaysian national who paid 70,000 baht.

Mind you this was not in a shanty shop in downtown Bangkok but in a duty-free shop at the Bangkok International Airport . So - BE WARNED! The above is 100% correct information because Mr. Rajan Khera's customer from India faced exactly the same scenario mentioned above when he was in transit at Bangkok Int'l Airport going to Taipei .

Someone went through the same ordeal in Dubai . He bought stuff at the duty-free shop upon entering. The girl at the duty-free shop put a bottle of cologne in his shopping bag (he did not even see it happen). He was arrested for stealing (this is before he even picked up his luggage). He sat at the airport jail where he was harassed for the whole day. NO FOOD, NO WATER for one day and only after he paid a fine (bribe of US 500...). That was all the cash he had in his pocket at the time. They let him go. These are scams that are happening all over the place. Please BE CAREFUL! All of this is pre-planned and the people who work at the airport know who to target.

UNBELIEVABLE BUT APPLY CAUTION....duty-free employees intentionally put extra items to scam passengers. ALWAYS TAKE A RECEIPT FOR ANY FREE GIFT THAT THE DUTY FREE SHOP GIVES. PLEASE BE CAREFUL AND WATCHFUL WHEN YOU ARE BEING BILLED AND ITEMS PACKED AT INTERNATIONAL AIRPORTS (DUTY FREE SHOPS)

Sabtu, 17 September 2011

YANG JUMPA HISHAMUDIN TU HASAN PUTU MAYUNG - HASAN ALI

Exco Kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali hari ini menafikan dakwaan dalam blog bahawa beliau akan keluar PAS dan menyertai Umno.

Beliau yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat, menyifatkan dakwaan tersebut, bersifat "spekulasi".

"Saya bersama dengan PAS dan yakin dengan perjuangan PAS kerana slogannya kepimpinan ulamanya yang memanggil Hasan Ali menyertai PAS.

"Kedua, bukan sahaja kerana kepimpinan Ulama, (tapi PAS) nak menegakkan negara Islam yang berpaksikan Al-Quran, Al-Sunnah, Ijmak Ulama dan Qias," katanya dalam sidang media di kediamannya hari ini.

Sehubungan itu, beliau sekali lagi dengan tegas, menafikan akan menyertai Umno.

Katanya lagi, sehingga semalam beliau mendapat tidak kurang 15 panggilkan telefon dan 25 SMS bertanyakan berhubung perkara tersebut.

Hasan turut menafikan dakwaan bahawa berjumpa dengan Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk berbuat demikian.

"Tidak ada perjumpaan. Saya tidak pernah berjumpa dan tidak ada rancangan untuk berjumpa.

"Mungkin ada orang lain yang berjumpa, mungkin Hasan lain, Hassan putu mayung ka...(Tapi) bukan Hasan Ali," katanya berseloroh.

Hasan yang juga ADUN Gombak Setia menolak dakwaan dalam media dan blog bahawa sebelum ini pernah menganggotai atau berkecimpung dengan Umno.

"Saya tidak pernah sebarang masa, sebarang ketika berkecimpung dalam Umno dan tidak pernah berniat untuk berkecimpung dalam Umno.

"Semoga penjelasan ini, dapat diberitahu kepada mereka yang ingin mengetahuinya, saya rasa dapat meredakan spekulasi-spekulasi yang sedemikian.

"Saya tidak berkata spekulasi ini berniat jahat, saya tidak kata spekulasi ini mahu menimbulkan ketegangan mana-mana pihak, tetapi saya rasa, redakanlah.

"Kalau kamu tidak dapat daripada 'horse mouth' (dari mulut saya tentang perkara itu), janganlah mereka mewakili kuda-kuda itu untuk bercakap," katanya.

Ditanya mengapa desas-desus untuk menyertai Umno selalu dikaitkan dengannya, Hasan berkata macam-macam orang boleh mendakwa sedemikian terhadapnya.

"Saya public figure, macam-macam orang dakwa...Ia kena keluar dari mulut saya. Selagi tidak keluar dari mulut saya, kenapa perlu diwakil-wakilkan," katanya.



dari Malaysiakini


Komen TINTATAJAM


Saya kadang heran dengan sikap sesetengah daripada kita suka menabur fitnah dan menyebarkan khabar-khabar angin. Saya secara peribadi masih menyanjung Dato' Hasan Ali. Sedikit sebanyak beliau amat berjasa dalam menumbangkan kerajaan BN di Selangor. Jangan kita mudah melupakan jasa orang. Kita yang kononnya pejuang ISLAM dan KEADILAN hendaklah menunjukkan sikap kita selaras dengan perjuangan tersebut.


Kepada Dato' Hassan Ali ramai lagi di antara kami yang tetap bersama Dato' selagi Dato' beristiqomah di dalam perjuangan.

GENDERANG PROPAGANDA PEMANSUHAN ISA MULA DITABOH!

Sebagaimana yang Tinta Tajam nukilkan sebelum ini "ISA Mansuh, Najib Tuai Laba" , hari ini media-media utama mula mencanangkan akan kebijaksanaan dan keberanian Najib memansuhkan ISA. Maka segala puji-pujian melangit dihamburkan bagi mengangkat darjat Najib setinggi yang boleh. Tokoh-tokoh politik pembangkang juga diberitakan kononnya turut memuji akan langkah berani sang PM itu. Paling mengharukan adalah pemansuhan ISA ini menyebabkan seorang "tokoh politik" , Zaid Ibrahim memohon maaf kepada Najib. Hebat!

Lanjutan daripada itu juga, siri-siri propaganda bagi mewajarkan pengenalan akta baru menggantikan ISA mula dipalu melalui saluran media. TV3 mula menayangkan siri propaganda tersebut dengan kisah pengeboman di Bali. Di akhir segmen tersebut dinyatakan bahawa seorang pakar bom asal Malaysia yang merupakan bekas ahli JI amat bersetuju supaya akta baru diperkenalkan bagi membendung pengganas dan keganasan.

Semua pihak pasti bersetuju sekiranya akta yang bakal diperkenalkan kelak benar-benar untuk membendung pengganas. Namun sejarah telahpun mengajar kita. ISA yang diperkenalkan bagi tujuan membendung fahaman dan keganasan komunis akhirnya digunakan kepada lawan politik mereka.

Amat mudah akta anti pengganas ini digunakan kepada aktivis pembangkang. Tuduh saja mereka terlibat dengan pengganas, tak ada bukti, adakan bukti. Bukankah sebelum Bersih 2.0 tempoh hari pihak berkuasa telah menemukan "bahan bukti" yang amat kukuh untuk mengaitkan aktiviti Bersih 2.0 diresapi unsur-unsur keganasan?  Pihak berkuasa telah menjumpai bom petrol, parang dan sebagainya.  Sekarang apa dah jadi dengan bahan bukti tersebut?

Sebenarnya permainan politik UMNO/BN amat mudah dibaca, tetapi pihak pembangkang pula amat mudah terperangkap!

Jumaat, 16 September 2011

ISA MANSUH, NAJIB TUAI LABANYA

SENYUM ADA MAKNA TU!
Maka bersorak-sorailah akan sekelian hamba rakyat menyambut perutusan maha penting yang baru sebentar tadi dibacakan oleh Sang Menteri Perdana di hadapan sekumpulan juak-juak hulubalang dan pembesar negara.

Akan isi perutusan yang dikhabarkan maha penting itu adalah termansuhnya undang-undang warisan "Penaung Tanah Melayu" iaitu ISA. Turut dikhabarkan bahawa beberapa akta-akta lapuk dan ketinggalan zaman akan turut dimansuhkan. Ada yang gembira, ada yang melompat, ada yang bertepuk tangan, malahan ada yang melaung merdeka! merdeka! merdeka! Tetapi betulkah rakyat bergembira dengan berita ini?

Apa yang aku perhatikan ketika perutusan penting tersebut dibacakan, pelanggan yang ramai disebuah restoran langsung tidak ambil pot walaupun suara TV dikuatkan oleh tuan yang empunya restoran. Ini membawa maksud bahawa kebanyakan rakyat marhaen tidak ambil kisah langsung sama ada ISA ada ataupun tiada. Bagi mereka harga secawan kopi dan sekeping roti canai yang sedang mereka nikmati itu adalah lebih relevan dalam hidup mereka. Mereka juga mungkin lebih memikirkan akan bencana yang lebih besar yang bakal mereka hadapi apabila GST terlaksana kelak.

Kita akui bahawa pemansuhan ISA itu sedikit sebanyak adalah hasil perjuangan rakyat dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat serta beberapa NGO yang condong kepada kita. Namun apakah kita perlu bergembira di atas "kejayaan" ini? Apakah Najib terlalu lemah sehingga sanggup menerima permintaan pembangkang? Atau apakah Najib begitu prihatin dan mendengar hati nurani keluarga-keluarga mangsa tahanan ISA?

Saya amat pasti jawapannya adalah tidak!  Apakah dengan termansuhnya ISA tidak akan ada lagi kekangan terhadap pemimpin-pemimpin politik pembangkang? Apakah mereka tidak akan menggunakan lagi SPRM untuk menekan dan mengaibkan pemimpin dan penyokong pembangkang? Apakah aparat-aparat yang lain tidak akan digunakan untuk memberi kelebihan politik kepada mereka? Apakah tidak akan ada lagi manipulasi sistem pilihanraya dan badan kehakiman?

Cuba kita lihat bagaimana mereka menekan dan melanyak Mat Sabu. Lihat bagaimana mereka melanyak dan mengaibkan Tan Sri Khalid Ibrahim, Lim Guan Eng, Ustaz Azizan dan Tok Guru. Dan lihat juga apa yang menimpa DSAI. Kesemua mereka tidak di ISAkan tetapi mereka diserang bertubi-tubi dari segenap penjuru dengan berbagai senjata!

Dan ada juga di kalangan kita yang menafsirkan kononnya tepukan gemuruh dari para hadirin ketika Najib membacakan keputusan pemansuhan ISA itu sebagai tanda mereka juga bencikan ISA dan menyambut baik langkah tersebut. Sebenarnya mereka bertepuk sorak adalah sebagai memuji dan mengiktiraf keberanian Najib mengambil langkah drastik tersebut yang selama ini tidak berani diambil oleh PM-PM yang terdahulu. Mereka bertepuk sorak kerana Najib muncul sebagai pemimpin yang gah, berani dan bersikap terbuka. Dengan itu juga mereka berharap segenap lapisan rakyat juga akan menobatkan Najib sebagai pemimpin yang hebat!

Natijahnya, kita yang memperjuangkan pemansuhan ISA, Najib yang mendapat labanya! Alangkah manisnya dan lebih bermakna kalau pengisytiharan pemansuhan ISA itu diumumkan oleh Perdana Menteri yang baru dari Pakatan Rakyat selepas PRU ke-13.

Khamis, 15 September 2011

LARANGAN AHLI POLITIK BERCERAMAH AGAMA KESINAMBUNGAN DOKTRIN AGAMA SUKU POLITIK SUKU

Pengarah JAIS
Diberitakan bahawa Pengarah JAIS, Marzuki Hussin menyatakan bahawa semua ahli politik dilarang menyampaikan ceramah agama di masjid dan surau di seluruh negeri Selangor dengan tidak memberikan tauliah kepada mereka.  Mana-mana ahli politik yang mempunyai tauliah pula, tauliah mereka tidak akan diperbaharui selepas tamat tempohnya.

Maka dengan ini kesemua ahli politik di negeri Selangor tidak boleh lagi berdakwah dan berceramah agama di masjid dan surau di negeri Selangor (bagaimana pula kesahnya kalau bukan di masjid atau surau seperti kes Dr Asri?)

Dengan sendirinya juga, mana-mana cerdik pandai agama akan terpaksa memilih haluan sama ada untuk terus berdakwah atau menjadi ahli politik. Dan ini juga bermakna kalau mereka memilih haluan politik mereka tidak akan boleh lagi berdakwah. Jadi secara tidak langsung juga akhirnya cerdik pandai agama akan menjauhi politik dan hanya orang-orang jahil agama saja yang akan memenuhi gelanggang politik. Secara tidak langsung juga maka suara-suara dakwah akan terpinggir dan sepi dalam gelanggang politik negara!

Akhirnya doktrin pemisahan agama dan pemerintahan akan terjadi. Politik Suku Agama Suku!


Catatan dari Wikipedia:
Pemisahan di antara agama dan negara merupakan doktrin politik dan perundangan bahawa institusi kerajaan dan agama hendaklah dipisahkan dan bebas daripada pengaruh masing-masing.[1] Istilah ini selalu digunakan untuk merujuk kepada gabungan dua prinsip: kesekularan kerajaan dan kebebasan mengamalkan agama.[2]
Frasa pemisahan di antara gereja dan negara secara umum mula digunakan dalam surat yang ditulis oleh Thomas Jeffersonpada tahun 1802 kepada penganut baptis Danburry, di mana beliau merujuk kepada Pindaan Pertama Perlembagaan Amerika Syarikat yang mewujudkan "dinding pemisah" di antara gereja dan negara.[3] Frasa ini disebut dalam Mahkamah Agung Amerika Syarikat pertama kali pada tahun 1878,[4] dan dalam beberapa siri kes bermula pada tahun 1948.[5] Ini membawa kepada kepopularan dan diskusi politik tentang konsepnya.
Konsep ini diambil oleh banyak negara dalam bentuk yang pelbagai daripada struktur perundangan yang dipakai kepada pandangan tentang tugas agama dalam masyarakat. Prinsip yang sama seperti laïcité juga diguna pakai di Perancis dan Turkisementara beberapa negara sekular seperti Norway masih mengekalkan agama rasmi dalam perlembagaan. Konsep ini selari dengan idea-idea sosial dan politik lain termasuk sekularismekebebasan beragama dan pluralisme agama.

Rabu, 14 September 2011

SETAHUN SEBELUM PILIHANRAYA DI USA, PERANCIS DAN VENEZUELA KITA DAH TAHU TARIKHNYA, DI MALAYSIA?

Presiden Venezuela, Hugo Chavez
Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat telahpun diumumkan akan berlangsung pada hari Selasa 6 November 2012, sementara Pilihanraya Presiden Venezuela pula akan berlangsung pada 7 Oktober 2012. Perancis juga turut menetapkan tarikh Pilihanraya Presidennya iaitu pada 22 April 2012 dan 6 Mei 2012 bagi pusingan kedua sekiranya tiada pemenang mutlak.

Bayangkan, setahun sebelum pilihanraya berlangsung tarikhnya telahpun ditetapkan dan seluruh dunia telah mengetahuinya!

Sementara itu pada tahun ini berlangsung pilihanraya dibeberapa negara seperti Poland (Pilihanraya 9 Oktober 2011, umum tarikh 4 Julai 2011), Cameroon (9 Oktober 2011), Argentina dan Bulgaria pada 23 Oktober 2011, Republik Ireland (Pilihanraya 27 Oktober 2011, umum tarikh 27 Julai 2011), Kyrgyzstan (30 Oktober 2011 dan Nicaragua pada 6 November 2011.

Lihat!  tiga atau empat bulan sebelum pilihanraya berlangsung, negara-negara tersebut telahpun menetapkan tarikh dan mengisytiharkannya. Dengan itu semua pihak, sama ada parti pemerintah, penyandang jawatan, pembangkang, pencabar dan pihak yang mengendalikan pilihanraya tersebut dapat bersedia lebih awal. Dan yang penting sekali rakyat mendapat maklumat awal dan tidak tertanya-tanya dan tertunggu-tunggu!

Bayangkanlah! Hugo Chavez yang dicop sebagai diktator pun berani mengisytiharkan tarikh pilihanraya dua tahun sebelum berlangsung.

Bagaimana pula kita di Malaysia? Tarikh pilihanraya hanya Najib atau Rosmah sajalah yang tahu.....

Selasa, 13 September 2011

KALAUPUN BETUL INGGERIS TAK JAJAH KITA, TAPI JEPUN PERNAH JAJAH KITA!

Lt. Jeneral Yamashita
Mutakhir ini wujud pula polemik baru dimana para cerdik pandai telah melontarkan berbagai argumen yang menyanggah akan kenyataan sejarah yang didendangkan selama ini, bahawa Malaysia (Malaya) tidak pernah dijajah! Ada pihak yang bersetuju dan ada pula pihak yang menyanggah kenyataan ini.

Bagi yang menafikan akan kenyataan sejarah bahawa Malaysia/Malaya pernah dijajah, argumennya mudah sahaja. Inggeris tidak pernah menjajah Malaya, tetapi memberi naungan atau perlindungan. Baiklah! kita terima kenyataan tersebut, memang Malaysia atau Malaya tidak pernah dijajah oleh Inggeris (kecuali negeri-negeri Selat iaitu Singapura, Melaka dan Pulau Pinang). Memang betullah Inggeris tidak pernah menjajah Malaysia atau Malaya kerana ketika Inggeris datang ke tanah atau negeri orang-orang Melayu memang Malaysia ataupun Malaya belum wujud lagi macam mana nak jajah! (macam kes liwat DSAI siri 1 la pulak, kondo belum wujud tapi kejadian liwat boleh berlaku).

Tetapi harus diingat!  Sejarah Malaysia atau Malaya atau Persekutuan Tanah Melayu atau apa saja nama atau gelaran yang diberikan untuk negeri-negeri orang Melayu ini tentulah tidak boleh dibicarakan secara terpisah-terpisah dengan rentetan sejarah yang berlaku walau di bahagian mana bumi Malaysia sekalipun. Kerana hakikatnya pembentukan negara Malaysia adalah merangkumi negeri-negeri dan wilayah orang Melayu ini yang mempunyai rentetan sejarahnya masing-masing.

Apakah kita boleh memisahkan akan hakikat dan sejarah bahawa bumi Melaka pernah dijajah oleh Portugis? Bagaimana pula dengan hakikatnya bahawa kerajaan Johor-Riau telah ditawan dan dijajah oleh Belanda? Bukankah Melaka juga pernah dijajah oleh Belanda selepas Portugis? Kenyataan sejarah juga mencatatkan bahawa pada 15 Ogos 1795 angkatan Inggeris telah tiba di Melaka dan mengambil-alih kuasa dari tangan Gabenor Belanda Abrahamus Couperus.

Oh itu bukan menjajah Tanah Melayu atau Malaya kerana yang dijajah adalah sebahagian bumi atau negeri orang Melayu. Baik, kita terima juga argumen kurang cerdik seperti ini.

Namun bukti paling besar bahawa keseluruhan Tanah Melayu (Malaysia pada masa ini) pernah dijajah adalah akan hakikat Jepun pernah menduduki Tanah Melayu atau Malaya mulai tahun 1941 hingga 1945, setelah mengalahkan pihak Inggeris. Kalau ini bukan penjajahan lalu apakah namanya?

MAHATHIR DITIPU BEBERAPA KALI?


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diperdaya untuk mempercayai bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam kegiatan homoseksual, sebelum memecat bakal penggantinya itu pada 1998.
Perkara itu didedahkan Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim dalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.
Ia menjurus kepada peranan yang dimainkan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, serta orang-orang di sekeliling Mahathir pada 1998.
Gani dan Musa, adalah individu yang bertanggungjawab dalam mengendali kes mata lebam Anwar, yang menyebabkan bekas Ketua Polis Negara pada masa itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor dipenjara selama dua bulan.
“Pada bulan September 1998, Tun Mahathir pernah diperdayakan untuk mempercayai bahawa kecederaan mata-lebam Anwar adalah akibat “self-inflicted” sepertimana yang dirakamkan dalam memoirs beliau muka surat 693.
“Pada bulan Januari 1999 Gani Patail sendiri terlibat menipu Tun Mahathir dengan memperdayakan beliau untuk mempercayai sesuatu yang tidak benar berkaitan dengan hasil siasatan Polis bersangkut insiden mata-lebam.
“Akibat perdayaan ini Tun Mahathir telah membenarkan pembentukan Suruhanjaya Di-Raja mengambil alih siasatan insiden mata-lebam daripada tangan Penyiasat PDRM,” ujar beliau.
Menurut Mat Zain, beliau menyimpulkan bahawa Mahathir sangat percaya bahawa Anwar terlibat dalam aktiviti homoseksual berdasarkan kepada dua surat yang diterima daripada Umi Hafilda pada 1997 dan taklimat daripada  Musa Hassan yang ketika itu merupakan pegawai penyiasat.
“Persoalan yang timbul adalah sama ada Musa Hassan telah memberi Tun Mahathir taklimat yang jujur dan betul mengenai keterangan yang telah dikumpulkannya terhadap Anwar itu, ataupun Musa Hassan telah menokok tambah keterangan dalam taklimatnya untuk memperdayakan Tun Mahathir supaya mempercayai bahawa Anwar benar-benar terlibat dalam aktiviti homoseksual itu,” tulis beliau.
Mat Zain berkata, ia bukan pertama kali Mahathir ditipu oleh individu di sekelilingnya.
Pada Julai 1993, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik juga pernah menipu Mahathir dengan membuat Akuan Sumpah Palsu bagi menyembunyikan harta berjumlah RM40 juta yang diperolehi menerusi salahguna kuasa dan rasuah.
Ia dilaporkan oleh Badan Pencegah Rasuah yang disahkan sendiri oleh Gani Patail ketika itu.
Menurut Mat Zain lagi, pada bulan Julai 2010 pula, bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr.Ling Liong Sik pula didakwa kerana menipu Jamaah Menteri, termasuk Mahathir sendiri dalam kes skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
“Contoh-contoh di atas dengan jelas membuktikan bahawa Tun Mahathir juga terdedah kepada perbuatan penipuan oleh Menteri atau Ketua Menteri ataupun oleh Pegawai-Pegawai Kerajaan atau mana-mana orang yang berpeluang memberi taklimat kepada beliau mengenai sesuatu perkara.
“Ringkasnya Tun Mahathir tidak “kebal” dari penipuan. Dengan demikian itu kemungkinan Tun Mahathir telah diperdayakan untuk mempercayai bahawa Anwar terlibat dalam aktiviti homoseksual tidak boleh diperkecilkan,” tulisnya lagi.
Dalam surat 16 perenggan itu, Mat Zain berkata, persepsi buruk rakyat terhadap Polis Di Raja Malaysia (PDRM) akan berterusan jika pihak berkuasa itu “terlalu menurut karenah” Peguam Negara.
“Secara peribadi saya mendapati PDRM terlalu menurut karenah Peguam Negara seolah tidak bebas bertindak sendiri.
“Sebagai seorang pesara yang mengetahui sedikit sebanyak asal usul isu dalam persoalan, saya berasa sedih dan khuatir sejarah lama akan berulang dan “pisang akan berbuah dua kali”,” ujarnya.
sumber: keadilandaily

Khamis, 8 September 2011

SALAH UMUM HARI RAYA, SAUDI BAYAR KIFARAH SATU BILION RIYAL

Akibat tersalah mengumumkan tarikh berakhirnya Ramadhan dan permulaan Syawal, pemerintah Arab Saudi terpaksa membayar kifarah bagi pihak seluruh penduduknya yang keseluruhannya berjumlah kira-kira satu bilion Riyal Saudi.

Sambil memohon maaf kepada rakyatnya, pemerintah Saudi turut mengarahkan semua rakyatnya berpuasa sehari bagi menggantikan puasa yang ditinggalkan kerana Hari Raya Puasa pada tahun ini tidak sepatutnya disambut pada 30 Ogos 2011, tetapi sepatutnya pada hari Rabu 31 Ogos 2011, bertepatan dengan kiraan para saintis di institut penyelidikan astronomi negara tersebut.

Apa yang dilihat dan disangkakan anak bulan Syawal pada hari tersebut rupa-rupanya adalah planet Saturn!

Dermikian dilaporkan oleh AL-JAZERA


Click to Watch out the video "Mistake in Announcing Eid 2011 source- Al Jazeera

Monday, September 5, 2011

Saudi Government admitted their Mistake in Announcing Eid al-Fitr 2011

Saudi government officials have reportedly apologized to their nation and said that they would pay Kaffarah of (1 Billion SR riyal as expiation for breaking the fast during the holy month of Ramadan) for the entire Saudi nation. The Government gave order to the people and citizen of Saudi Kingdom to do fasting of one day because Eid Al-Fitr was not supposed to be on August 30/2011.
   
The society had said that people actually saw the planet Saturn and not the crescent moon that marks the beginning of the Islamic month of Shawwal.

Hatem Auda, director of the National Institute for Astronomical and Geophysical Research, had said that astronomical calculations by scientists of the institute noted that the first day of the Eid was Wednesday, August 31, making Tuesday, August 30 the last day of Ramadan for the Hijri year of 1432.

Various news agencies such as Al-Arabiya and Aljazeera have also reported that the planet Saturn has been mistaken for the Hilal (crescent moon), and this means that what was announced as the first day of Eid al-Fitr was supposed to be a day of fasting, rather than celebrations.

According to the Aljazeera report, the source of these problematic Hilal-sighting is from Sudair, a region located approximately 150km North of the capital Riyadh, Saudi Arabia.

The vice-president of Jeddah Astronomy Society reassured that it is impossible to view the Hilal with the naked eye.

While a number of Muslim countries like Iran announce the new crescent only on the basis of frequent sightings by the people, astronomy societies and clerics inside their borders, many others rely on the sightings done by Saudi Arabia and announcement of the Eid crescent by Riyadh.

Thus, those Muslim nations who have followed the Saudi suit as usual and celebrated the last Tuesday as Eid al-Fitr are now angry with the Saudis as Eid al-Fitr is the biggest eve for the worldwide Muslim community.

Rabu, 7 September 2011

AYOH PERKASA KITA DEMO DAN BAKAR BUKU PENGUKIR NAMA JOHOR

Ayoh PERKASA dan puak-puak yang sejenis dan sewaktu dengannya, kita anjurkan demo besar-besaran kerana buku Pengukir Nama Johor telah mengagongkan  seorang komunis bernama Mat Indera sebagai seorang tokoh! Kalau perlu kita bakar buku-buku tersebut sebagai simbolik batahan atas sikap keterlaluan pihak-pihak yang mengagongkan tokoh komunis tersebut.


Kalau boleh laporan polis besar-besaran juga perlu dibuat di seluruh negara terhadap penerbit buku tersebut  Yayasan Warisan Johor dan juga penulis bibliografinya kerana telah menjadikan seorang komunis sebagai tokoh Johor!

Bila Mat Sabu kata Mat Indera seorang tokoh pejuang maka bertempih riuh berbagai puak dan gerombolan membantah dan mengecam akan Mat Sabu. Beratus-ratus laporan polis dibuat. Berpuluh-puluh NGOK minta Mat Sabu ditangkap. Ada pula beberapa puak nak saman Mat Sabu!

Nah! sekarang terbukti ada pihak yang terlebih dahulu dari Mat Sabu telah menyatakan bahawa Mat Indera adalah seorang tokoh pejuang. Mana mungkin seorang yang dikatakan tokoh komunis diangkat menjadi tokoh pejuang. Ini mencabar ketuanan Melayu!  Tak kan puak-puak juara ketuanan Melayu boleh berdiam diri, terutamanya PERKASA.

Kalau tak berani ambil tindakan tersebut maka sama-samalah kita sokong bahawa sebenarnya Mat Indera itu adalah seorang tokoh pejuang rakyat.

NOKTAH!

Isnin, 5 September 2011

BUKAN BENDERA MALAYSIA SAJA CIPLAK, BENDERA KUALA LUMPUR PUN SAMA!

Sejak akhir-akhir ini apabila tibanya 31 Ogos, maka akan bergemalah kembali tentang keciplakan bendera Malaysia dari bendera negara Amerika Syarikat. Perkara ini memanglah tidak dapat dinafikan lagi kerana kedua-dua bendera tersebut saling tak tumpah.

Sebenarnya ada sebuah lagi negara yang benderanya juga hampir sama dengan bendera Amerika iaitu negara Liberia. Negara tersebut memilih bendera yang diadaptasi dari bendera Negara Uncle Sam tersebut ada asas dan justifikasinya. Negara Liberia sebenarnya ditubuh dan dibangunkan oleh bekas-bekas hamba abdi yang dimerdekakan oleh tuan-tuan mereka di Amerika. Lalu mereka pulang ke Afrika dan menubuhkan negara Liberia (Liberation = pembebasan).  Lalu apa pula hubungan sejarahnya Malaysia dengan Amerika yang mempunya bendera yang begitu mirip?

Sebenarnya ramai yang tidak kisah dan ambil peduli tentang perkara ini kerana benda telahpun diterima dan bendera Malaysiapun telah lama berkibar. Biarlah benda ni menjadi bahan sejarah negara kita.

Namun, apabila bendera Kuala Lumpur yang baru diperkenalkan, saya menjadi terkejut! Kenapa rekabentuknya saling tak tumpah dengan bendera beberapa negara Amerika Selatan!

Untuk pengetahuan kita semua, bendera yang di atas sekali adalah bendera Columbia, diikuti oleh Equador, Venezuela (paling mirip) dan yang dibawah sekali adalah bendera Kuala Lumpur.

Cuba bandingkan dari segi jalur dan warnanya, semuanya sama. Yang berbeza hanyalah logonya saja. Negara-negara Amerika Selatan yang berjiran tersebut tentulah mempunya hubungan sejarah dan budayanya yang menyebabkan mereka memilih corak bendera yang hampir sama. Tapi kenapa pula bendera Kuala Lumpur juga memilih corak dan warna yang sama? Entahlah......nak kata ciplak nanti ada pula orang yang marah dan kata tidak patriotik.....LU PIKIR LA SENDIRI!