RENUNG-RENUNGKAN LAH WAHAI SAHABAT


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah A-Maidah ayat 8)


Selasa, 20 September 2011

ISU HANTU BONCENG - KUPASAN AL-BAKISTANI AMAT MEYAKINKAN

Salah satu isu sensasi ataupun cuba disensasikan di persekitaran dunia cyber yang terkini ialah isu terdapat unsur-unsur penghinaan terhadap Islam dan Nabi Muhamad s.a.w. dalam adegan sebuah filem terbaru "Hantu Bonceng".

Filem arahan Ahmad Idham dikatakan terselit dialog yang mempersendakan syahadah.  Sudah menjadi lumrah kita di kalangan umat Islam negara ini, khususnya orang Melayu, apabila dikhabarkan saja ada pihak yang menghina Islam mereka akan bingkas melahirkan reaksi, yang kadang-kala tanpa usul periksa. Malahan orang yang jarang atau tak pernah sembahyang pun akan bingkas melenting, kalau boleh akan menghunuskan keris.

Kita seharusnya berbangga dengan semangat cintakan Islam sebegini. Namun kalau kita semberono atau membabi-buta bertindak, tentu natijahnya menjadi lain..... Tinta Tajam amat tertarik dengan kupasan blog Al-Bakistani mengenai isu ini. Ulasannya penuh dengan hujah-hujah akademik yang meyakinkan.


DI MANA SALAHNYA UNGKAPAN ZIZAN DARI HANTU BONCENG ITU?



dalam filem hantu bonceng. Dikatakan ada unsur menghina Nabi Muhammad SAW. Ramai yang menyuruh aku mendengar dan melihat sendiri. tetapi, pada malam ini baru ada kesempatan untuk melihat..

dari klip video yang dikepilkan, padaku, dialog tersebut adalah seperti berikut;

"Wa Asyhadu Anna Muhammad.......... Syaitan !!!!"

bukan seperti berikut;

"Wa Asyhadu Anna Muhammad Syaitan.".

Kalau kita perhatikan, ia sebenarnya mempunyai dua ayat. Ayat pertama adalah, "Wa Asyhadu Anna Muhammad...... " iaitu ayat yang tidak sempurna.. atau dalam pengajian ilmu balaghah, ia disebut kalam naqis, iaitu kalam yang ada kalimah mahzuf. Kalam naqis ini, perlu ditaqdirkan kalam sahaja. iaitu, jika dilihat pada ayat ini, hanya perlu ditambah "Rasulullah".

Kalam Naqis ini, ia boleh berlaku dalam penulisan dan perkataan. tetapi, dalam perkataan adalah yang kerap berlaku. Ini kerana, dalam perkataan ini sering kali berlaku keguguran kalimah, dengan berfaktorkan banyak faktor; seperti terlalu cepat bercakap.

adapun ayat kedua adalah "Syaitan !!!".. Dalam pengajian balaghah, ia boleh diistilahkan sebagai kalam Iijaz hazf (ringkasan yang dibuang. dalam ilmu Balaghah, Kalam Iijaz ini ada dua, iaitu Iijaz Hazf dan Iijaz Qasr). Ia seperti seseorang yang melihat harimau dalam keadaan takut, lalu dia hanya menyebut "harimau!!!", walhal yang dikehendaki oleh orang yang takut itu adalah, "seekor harimau telah datang kepadaku".

kesimpulannya, jeritan Zizan dari filem Hantu Bonceng itu sebenarnya mengandungi dua ayat, atau dalam istilah pengajian nahu disebut sebagaia dua jumlah, iaitu 1- "asyhadu Anna Muhammad....." dan 2- "Syaitan...!!!!".

jadi, ia tidak sepatutnya menjadi isu. namun begitu, sepatutnya bagi pihak pengarah filem, perlu juga berhati-hati dalam perkara ini, agar tidak terjadi seperti yang sedang dibisingkan pada hari ini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan