  | 
| Pengarah JAIS | 
Diberitakan bahawa Pengarah JAIS, Marzuki Hussin menyatakan bahawa semua ahli politik dilarang menyampaikan ceramah agama di masjid dan surau di seluruh negeri Selangor dengan tidak memberikan tauliah kepada mereka.  Mana-mana ahli politik yang mempunyai tauliah pula, tauliah mereka tidak akan diperbaharui selepas tamat tempohnya.
Maka dengan ini kesemua ahli politik di negeri Selangor tidak boleh lagi berdakwah dan berceramah agama di masjid dan surau di negeri Selangor 
(bagaimana pula kesahnya kalau bukan di masjid atau surau seperti kes Dr Asri?)
Dengan sendirinya juga, mana-mana cerdik pandai agama akan terpaksa memilih haluan sama ada untuk terus berdakwah atau menjadi ahli politik. Dan ini juga bermakna kalau mereka memilih haluan politik mereka tidak akan boleh lagi berdakwah. Jadi secara tidak langsung juga akhirnya cerdik pandai agama akan menjauhi politik dan hanya orang-orang jahil agama saja yang akan memenuhi gelanggang politik. Secara tidak langsung juga maka suara-suara dakwah akan terpinggir dan sepi dalam gelanggang politik negara!
Akhirnya doktrin pemisahan agama dan pemerintahan akan terjadi. Politik Suku Agama Suku! 
Catatan dari Wikipedia:
Pemisahan di antara agama dan negara merupakan doktrin politik dan perundangan bahawa institusi kerajaan dan agama hendaklah dipisahkan dan bebas daripada pengaruh masing-masing.
[1] Istilah ini selalu digunakan untuk merujuk kepada gabungan dua prinsip: kesekularan kerajaan dan kebebasan mengamalkan agama.
[2] Frasa pemisahan di antara gereja dan negara secara umum mula digunakan dalam surat yang ditulis oleh 
Thomas Jeffersonpada tahun 1802 kepada penganut 
baptis Danburry, di mana beliau merujuk kepada 
Pindaan Pertama Perlembagaan Amerika Syarikat yang mewujudkan "dinding pemisah" di antara gereja dan negara.
[3] Frasa ini disebut dalam Mahkamah Agung Amerika Syarikat pertama kali pada tahun 1878,
[4] dan dalam beberapa siri kes bermula pada tahun 1948.
[5] Ini membawa kepada kepopularan dan diskusi politik tentang konsepnya.
Konsep ini diambil oleh banyak negara dalam bentuk yang pelbagai daripada struktur perundangan yang dipakai kepada pandangan tentang tugas agama dalam masyarakat. Prinsip yang sama seperti 
laïcité juga diguna pakai di 
Perancis dan 
Turkisementara beberapa negara sekular seperti 
Norway masih mengekalkan agama rasmi dalam perlembagaan. Konsep ini selari dengan idea-idea sosial dan politik lain termasuk 
sekularisme, 
kebebasan beragama dan 
pluralisme agama.
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan