Diberitakan, seramai 111 imam dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (sudah pasti bukan negeri Pakatan Rakyat la kot...) telah ditaja oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk menunaikan haji pada tahun ini sebagai menghargai peranan dan sumbangan mereka kepada masyarakat. Diberitakan juga, Najib turut menghulur sumbangan peribadi sebanyak RM1000 kepada setiap seorang daripada mereka sebagai wang saku semasa menunaikan fardhu haji kelak.
Alhamdulillah, sumbangan para imam dan pengerusi JKKK yang tidak ternilai itu dihargai dan mendapat ganjaran yang setimpal. Kita tidak harus mempertikaikannya. Baguslah kalau ada pihak yang mahu memberi sumbangan sebegitu.
Namun apabila difikirkan sehalus-halusnya adakah tindakan ini betul? Makcik dan pakcik FELDA, buruh kasar, petani, nelayan dan sebagainya ada yang mengumpul duit seumur hidup bagi tujuan menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Dengan penuh semangat, mereka pergi mendaftar nama di Tabung Haji untuk menunaikan rukun Islam yang kelima itu. Bila sampai di Tabung Haji alangkah terkedunya mereka apabila diberitahu tarikh mereka akan terpilih menunaikan fardu haji adalah 20 tahun lagi! Alahai,sempai ke pakcik pergi Mekah ni, keluh pakcik tersebut dengan nada sayu nan mendayu.
Seorang rakan baru saja mendaftar nama untuk menunaikan fardu haji minggu lepas. Beliau terpilih menunaikan fardu haji pada tahun 2040!
Menurut beberapa sumber maklumat, sehingga kini sudah lebih 600 ribu orang telah mendaftar dan sedang menunggu giliran untuk menunaikan fardhu haji. Bayangkan kalau setahun hanya seramai 28,000 orang saja terpilih menunaikan fardhu haji (mengikut kuota yang ditetapkan), bilakah orang yang 600 ribu itu akan berangkat ke Tanah Suci?
Betapa untungnya 111 orang itu, sudahlah semua disponsor, adakah mereka juga perlu menunggu giliran seperti bakal-bakal haji yang lain?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan