|
Presiden Venezuela, Hugo Chavez |
Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat telahpun diumumkan akan berlangsung pada hari Selasa 6 November 2012, sementara Pilihanraya Presiden Venezuela pula akan berlangsung pada 7 Oktober 2012. Perancis juga turut menetapkan tarikh Pilihanraya Presidennya iaitu pada 22 April 2012 dan 6 Mei 2012 bagi pusingan kedua sekiranya tiada pemenang mutlak.
Bayangkan, setahun sebelum pilihanraya berlangsung tarikhnya telahpun ditetapkan dan seluruh dunia telah mengetahuinya!
Sementara itu pada tahun ini berlangsung pilihanraya dibeberapa negara seperti Poland (Pilihanraya 9 Oktober 2011, umum tarikh 4 Julai 2011), Cameroon (9 Oktober 2011), Argentina dan Bulgaria pada 23 Oktober 2011, Republik Ireland (Pilihanraya 27 Oktober 2011, umum tarikh 27 Julai 2011), Kyrgyzstan (30 Oktober 2011 dan Nicaragua pada 6 November 2011.
Lihat! tiga atau empat bulan sebelum pilihanraya berlangsung, negara-negara tersebut telahpun menetapkan tarikh dan mengisytiharkannya. Dengan itu semua pihak, sama ada parti pemerintah, penyandang jawatan, pembangkang, pencabar dan pihak yang mengendalikan pilihanraya tersebut dapat bersedia lebih awal. Dan yang penting sekali rakyat mendapat maklumat awal dan tidak tertanya-tanya dan tertunggu-tunggu!
Bayangkanlah! Hugo Chavez yang dicop sebagai diktator pun berani mengisytiharkan tarikh pilihanraya dua tahun sebelum berlangsung.
Bagaimana pula kita di Malaysia? Tarikh pilihanraya hanya Najib atau Rosmah sajalah yang tahu.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan