RENUNG-RENUNGKAN LAH WAHAI SAHABAT


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah A-Maidah ayat 8)


Ahad, 14 Ogos 2011

DR ASRI, DR JUANDA DAN JAMIL KHIR SOKONG, DR ZAHID HAMIDI BANTAH!

Diberitakan oleh yang empunya surat khabar bahawa mantan Mufti Perlis, Dr. Asri Zainal Abidin menyokong keputusan Jabatan Mufti Pulau Pinang yang melarang penggunaan pembesar suara memperdengarkan bacaan al-Qur'an sebelum azan subuh dikumandangkan. Beliau mengingatkan semua pihak tidak melihat langkah ini sebagai keputusan politik semata-mata tetapi adalah langkah yang mematuhi arahan Rasulullah s.a.w.

Malah beliau berharap umat Islam menyokong arahan ini kerana keputusan ini adalah selaras dengan kehendak syara'.

Perlis dah lama buat, mengganggu orang itu haram hukumnya!


Sementara itu mufti Perlis Dr. Juanda turut menyokong penuh keputusan yang dibuat oleh Pulau Pinang itu dan menjelaskan bahawa negeri Perlis dan lama kuatkuasakan larangan tersebut.

Malahan Dr. Juanda menjelaskan memasang dengan kuat bacaan al-Qur'an sebelum subuh adalah bertentangan dengan sunah Nabi dan mengganggu orang yang sedang tidur.

"Mengganggu orang adalah haram hukumnya," tegas beliau.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' Sei Jamil Khir Baharom menyatakan bahawa pihaknya menghormati keputusan yang dibuat oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang itu.

Apakah ZAHID HAMIDI lebih cerdik agama dari tokoh-tokoh agama di atas!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan