RENUNG-RENUNGKAN LAH WAHAI SAHABAT


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah A-Maidah ayat 8)


Khamis, 18 Ogos 2011

KALAU BETUL ANDA PENEGAK UNDANG-UNDANG DAN KEADILAN KENAPA ENGGAN BEKERJASAMA?

Diberitakan beberapa watak penting disebalik tabir Kes Liwat 2 yang melibatkan DSAI iaitu PM dan isteri serta bekas KPN Musa Hassan, enggan ditemubual dan menjadi saksi pembelaan.

Watak-watak ini adalah orang yang sepatutnya memberi keadilan seluas-luasnya kepada semua rakyat Malaysia berdasarkan lunas undang-undang dan perlembagaan rakyat tanpa mengira siapa mereka.

Menjadi saksi pembela bukan bermakna mereka bersubahat dan bersekongkol melepaskan orang yang bersalah daripada menerima hukuman. Apa yang kita harapkan mereka sejujur-jujurnya mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku yang dalam pengetahuan mereka terhadap kes ini. Sudah tentulah pasukan peguambela yang mewakili DSAI akan menapis dan memutuskan sama ada mereka relevan ataupun tidak menjadi saksi pembela ketika sessi temubual. Yang penting mereka mahu bekerjasama.

Namun amatlah malang, (memang kita semua telah jangkakanpun!) apabila watak-watak ini memilih untuk tidak mahu menjadi saksi dan diberitakan bekas KPN langsung tidak mahu ditemubual. Kalau mereka betul-betul ingin memberi keadilan kepada semua rakyat, apakah DSAI bukan rakyat Malaysia yang mempunyai hak di sisi perlembagaan untuk mendapat keadilan.

Maka janganlah disalahkan rakyat jelata yang di bawah apabila mempercayai bahawa KES LIWAT 2 INI ADALAH SEBUAH KONSPIRASI!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan