Sensasi terkini yang cuba dipolimikkan oleh UMNO adalah terhadap kebarangkalian yang bakal menjadi KM Melaka pada masa hadapan sekiranya Pakatan Rakyat menang adalah dari DAP (maksudnya Cina la tu).
Sekali lagi senjata tradisional UMNO yang mereka kira masih ampuh diperguna bagi menakut-nakutkan serta menjauhkan para pengundi Melayu di negeri Hang Tuan tersebut daripada mengundi mana-mana calun daripada Pakatan Rakyat. Hebat serta licik sekali permainan mereka.
Sudah pastilah orang Melayu yang tebal dengan semangat kemelayuannya tidak akan merelai orang CINA menjadi KM Melaka! (mereka terlupa bahawa ahli DAP tidak semestinya Cina). Lalu salah apa sekiranya seorang Cina menjadi KM Melaka seperti yang berlaku di Pulau Pinang, Sarawak (Iban menjadi KM) dan Sabah (Kadazan jadi KM)? Apakah ada termaktub di dalam perlembagaan negeri Melaka yang KM mesti dari bangsa Melayu?
Apapun yang cuba disensasikan oleh pihak-pihak yang berkepentingan yang pastinya TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka yang pertama adalah seorang berbangsa Cina iaitu
TUN LEONG YEW KOH (1957 hingga 1959). Adakah orang Melayu Melaka (termasuk anak cucu Hang Tuah, Hang Jebat dan segala macam Hang) menyinsing lengan, menghunus keris dan membuka langkah silat mengamuk dan membantah akan perlantikan Tun Leong!
Sesungguhnya sejarah telah membuktikan bahawasanya orang-orang Melayu secara majoritinya adalah rasional dan tidak rasis sebagaimana yang sangat diharapkan oleh GEROMBOLAN!
# | Yang di-Pertua Negeri | Took office | Left office |
1 | Leong Yew Koh | August 31, 1957 | August 31, 1963 |
2 | Abdul Malek Yusuf | August 31, 1963 | August 30, 1971 |
3 | Abdul Aziz Abdul Majid | August 31, 1971 | May 9, 1975 |
4 | Syed Zahiruddin Syed Hassan | May 25, 1975 | November 30, 1984 |
5 | Syed Ahmad Syed Mahmud Shahabudin | December 4, 1984 | June 3, 2004 |
6 | Mohd Khalil Yaakob | June 4, 2004 | present |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan