RENUNG-RENUNGKAN LAH WAHAI SAHABAT


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah A-Maidah ayat 8)


Jumaat, 26 Ogos 2011

PAS PERLU PECAT MP HULU LANGAT!

PAS perlu mengambil pendirian yang tegas kali ini, jika tidak perangai beberapa orang "cerdik pandai" bakal membusuk dan melingkupkan PAS!

Biarlah PAS kehilangan seorang Ahli Parlimen dan beberapa orang ahli cerdik pandai, tetapi akan menghasilkan natijah yang baik untuk jangka masa yang panjang.

Kita bukan ingin mempertikaikan ilmu dan hujahan Dr. Che Rosli, yang dikatakan pakar nuklear, tetapi kita mempertikaikan ketidakcerdikan beliau dalam menangani hidup berjemaah dalam siasah.  Mungkin dari sudut pandangan Che Rosli (berdasarkan ilmunya, tetapi masih ada ramai lagi orang yang mempunyai ilmu yang sama seperti beliau!) beliau berhak untuk tidak bersetuju dengan pandangan yang menentang projek Lynas. Akan tetapi dengan cara menyerang rakan gabungan dalam Pakatan Rakyat (dengan sinis dan beremosi) dalam mempertahankan pandangannya tentulah membawa natijah yang buruk kepada gabungan Pakatan Rakyat serta mencederakan sedikit sebanyak imej PAS. Sebagai seorang yang cerdik dan berilmu beliau sepatutnya menghormati hiraki kepartian. Beliau perlu membentangkan pandangannya kepada parti dan apabila parti telah mengambil pendirian beliau sepatutnya akur.

Sudah pasti juga ahli akar umbi PKR (TERMASUK SAYA) yang akan marah terhadap PAS sekiranya mereka tidak bertindak terhadap Dr. Che Rosli sebagaimana PKR mengambil tindakan memecat Zul Nordin yang mengecam Khalid Samad dalam isu "Allah".

Biarlah kita rugi seorang MP sekarang daripada kita rugi di belakang hari apabila tibanya PRU 13!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan