RENUNG-RENUNGKAN LAH WAHAI SAHABAT


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah A-Maidah ayat 8)


Isnin, 22 Ogos 2011

RUSLAN KASIM JADI JURUCAKAP MARINA MAHATHIR?

Sekonyong-konyong bermadahlah dengan penuh beremosi akan seorang politikus yang semakin layu dan dilupakan, Ruslan Kasim yang melahirkan gundah-gulananya terhadap perlakuan anak kepada mantan PM, Mahathir Mohamad yang sejak akhir-akhir ini dikatakan sedikit condong kepada citarasa pembangkang.

Semua ini gara-gara anak perempuan mantan PM itu yang turut hadir ke perhimpunan BERSIH 2.0 yang baru lalu, serta mencoretkan pula sekelumit kenangan pahit manis beliau menyertai demo mega tersebut, kemungkinan pengalamannya yang julung-julung kali.

Di awal temubual dengan stesen TV tersebut (jijik nak sebut nama TV ini) Ruslan kelihatannya amat beriya-iya meyakinkan para audian bahawa sang putri Mahathir itu tidak menyokong pembangkang tetapi beliau hanya menyokong tuntutan BERSIH. Hanya para pemimpin pembangkang saja yang terhegeh-hegeh menyatakan Marina menyokong pembangkang, ujar beliau penuh yakin.

Untuk pengetahuan engkau Ruslan, kami di pihak pembangkang ni tidak ambil pot langsung akan pendirian politik Marina, lantak pi la dia nak sokong pihak mana! Kan ni negara demokrasi. Yang kau sibuk-sibuk kenapa? Heran juga ya macam mana si Ruslan ni tau akan isi hati Marina, yang Marina ni hanya sokong tuntutan BERSIH 2.0 tetapi tak sokong pembangkang? Apakah dia dilantik sebagai jurucakap Marina?

Tapi yang peliknya diakhir temubual tersebut beliau dengan lantang serta sedikit nada kecewa, menyeru serta mengingatkan Marina supaya tidak terperangkap dengan tektik pembangkang yang ingin MEMPERGUNA DAN MEMPERKUDAKAN Marina (hebat rupanya pembangkang ni sampai boleh memperkudakan seorang anak mantan PM yang terpelajar!).

Ini membawa maksud yang tersirat bahawa Ruslanpun berkeyakinan bahawa Marina kini telah mulai menyokong pembangkang!

1 ulasan:

  1. Ruslan Kasim xpayah nak nasihat org lah, awak pun baru sedar dan dah tak ada nama dan tempat. selama ni diam menyepi tapi dah nak dekat pilihanraya muncul pulak dia.Dulu dah kena jentik telur terus daim terkedu

    BalasPadam