Kerajaan digesa meneliti semula prosedur pengeluaran sijil kerakyatan kepada warga asing kerana jumlah yang didaftarkan dalam tempoh tiga tahun lalu menunjukkan angka yang amat mengejutkan, sehingga 29,000 orang.
Presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, pihaknya khuatir sekiranya kerakyatan dikeluarkan terlalu mudah, Malaysia mungkin menjadi "syurga pelbagai kelompok" yang tidak menguntungkan, malah membeban dan merugikan negara.
"TERAS memberi perhatian kepada sungutan wujudnya penganugerahan kerakyatan dikaitkan dengan politik.
"Kelulusan kerakyatan akan pincang jika berlaku pertimbangan politik menjadi kriteria untuk pihak tertentu mahu memastikan pengundi memihak kepada mereka," katanya.
Mengulas dakwaan kepincangan dalam sistem pilihan raya, seperti didedahkan PAS, Azmi (
kanan) dalam kenyataannya hari ini berkata,TERAS percaya kesangsian banyak pihak mengenai isu itu adalah berasas.
"Ada yang berpendapat bahawa suatu kecenderungan pihak tertentu pada masa ini mengeluarkan kad pengenalan adalah disyakki berkait dengan PRU (pilihan raya umum) 13.
"Kesangsian ini akan bertambah meluas bila mana terdapat mereka yang memperolehi kad pengenalan dalam masa yang sangat singkat membolehkan mereka mendaftar sebagai pengundi," katanya.
Selain mempersoal kualiti warga asing yang diterima, TERAS menuntut penjelasan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sama ada pengeluaran sijil kerakyatan dan pemberian kad pengenalan untuk kelompok itu ditapis dengan ketat.
"Sementara bagi mereka yang telah didapati layak untuk mendapat kad warga negara di Malaysia, kami berpendapat sangat perlu proses melulus permohonan diteliti agar ia memberi manfaat kepada negara dari segi sosio-ekonomi dan pembangunan dalam jangka pendek mahupun jangka panjang," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan