RENUNG-RENUNGKAN LAH WAHAI SAHABAT


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah A-Maidah ayat 8)


Selasa, 16 Ogos 2011

PENGORBANAN KAMI BUKAN UNTUK DAP GANTI MCA DALAM BN - LKS

Pengorbanan beliau dan rakan-rakan menghadapi perbagai tindakan keras dari pemerintah termasuk didakwa di mahkamah dan dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sepanjang 45 tahun terlibat dalam politik dan mempertahan kepercayaan politiknya, adalah bukan untuk DAP menggantikan MCA dalam BN, tegas ahli politik veteran yang kini merupakan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Saudara Lim Kit Siang.

Beliau menegaskan demikian ketika mengulas pelawaan Nazri Aziz supaya DAP bergabung dengan MCA dalam satu temubual dengan Sin Chew Daily semalam.

Sambil menolak bulat-bulat "lamaran tidak tahu malu" dari Nazri itu, Saudara Lim turut menegaskan lagi pendirian DAP akan tetap kekal bersama Pakatan Rakyat dengan mempertahankan keluhuran perlembagaan Malaysia tanpa mengira pegangan agama dan suku kaum.

"Hanya politik bentuk baru dan kompak nasional yang baru, yang bebas daripada politik perkauman dan pecah belah mampu menyelamatkan Malaysia," tegas beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan