RENUNG-RENUNGKAN LAH WAHAI SAHABAT


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah A-Maidah ayat 8)


Sabtu, 13 Ogos 2011

NAK MEMATUHI SUNAH, DITUDUH IKUT TELUNJUK DAP

Maka riuh rendah dan gegak gempita seantero dunia, maka berhebohlah agen-agen dan penjilat UMNO tentang satu isu yang terbaru mereka perjuangkan, kerajaan DAP Pualau Pinang telah mengharamkan laungan azan subuh di seluruh negeri itu! Hebat UMNO kini yang begitu perihatin mempertahankan Islam!

Betapa BUTA PERUTnya mereka, yang dilarang adalah bacaan Qur'an menggunakan pembesar suara diwaktu subuh (yang kadang-kala menggunakan rakaman kaset atau CD jer). Memang ini telah menjadi amalan dikebanyakan masjid dan surau di negara kita. Dari mana mula asalnya amalan ini tidaklah pula diketahui. Di Mekah dan seluruh Arab Saudipun tak ada amalan ini (pasti akan dituduh itu Wahabi!) Rasulullahpun tak pernah suruh lakukanpun (malah Rasulullah s.a.w.w melarang bacaan Qur'an dengan kuat dalam masjid kerana mengganggu jemaah lain yang ingin solat sunat dan berdoa).

Jadi apa yang dilakukan oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang itu amatlah tepat sekali supaya kita kembali menepati sunah. Kalau mengikut sunah azan subuh dua kali, bukannya bacaan al-Qur'an atau bacaan tahrim sebelum azan subuh.

Tapi amatlah malang sekali, pihak yang ingin menepati sunah dituduhpula sebagai ikut telunjuk DAP. Kalau begitu DAP lebih fahan sunahlah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan