|
Mampukah beliau bertarung di Ipoh Timor? |
Sebagaimana yang semua sudah maklum, supremo DAP, Lim Kit Siang akan bertanding di Parlimen Gelang Patah, Johor pada PRU-13 nanti, meninggalkan gelanggang selamatnya Ipoh Timur. Sementara Ketua Pembangkang, yang juga Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim pula telahpun mengumumkan pendiriannya untuk beralih angin keluar dari kubu kuatnya Permatang Pauh.
Ketika mengumumkan perkara tersebut Anwar tidak pula menyatakan secara jelas kerusi manakah yang diintainya dan juga tidak menamakan mana-mana tokoh yang bakal menggantikannya di Permatang Pauh.
Kini timbul desas-desus dibawa angin dari utara bahawa Mufti Perlis, Dr Juanda bakal dibawa ke Permatang Pauh menggantikan Anwar dan Anwar sendiri akan menguji nasib di kawasan parlimen majoriti Cina, Ipoh Timur!
Pengundi di Parlimen Ipoh Timor terdiri daripada Cina (81.07 %), Melayu (13.09 %), India (5.27 %) dan lain-lain 0.57 % berbeza dengan Parlimen Permatang Pauh, Melayu (69.4 %), Cina (24.5 %), India (6 %) dan lain-lain (0.1 %).
Sekiranya khabar ini benar maka satu senario menarik bakal tercipta di arena politik negara di mana seorang pemimpin politik Melayu yang mewakili parti dominasi Melayu bertarung di kawasan majoriti Cina menentang calon BN yang sudah pasti dari MCA. Apakah tindakan ini sebagai tindakan kamikazi atau satu strategi politik PR?
Tentulah amat menarik sekiranya Anwar bertanding dan menang di situ kerana dapat membuktikan bahawa beliaulah sebenarnya pemimpin yang diterima oleh semua kaum, tidak seperti para pemimpin UMNO yang lebih selesa berkokok dalam kepompong halaman sendiri, tetapi berdegar-degar mencabar orang beradu kekuatan dengannya seperti Datuk Ahmad Maslan.
Kalau betullah khabar ini, tidakkah perlu kita mencabar Najib supaya berani pula beradu nasib di gelanggang luar dan majoriti Cina seperti Bukit Bintang, Kepong, Cheras atau sewaktu dengannya? Takkanlah Najib tidak berani sedangkan kamu seorang PM Sementara?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan