RENUNG-RENUNGKAN LAH WAHAI SAHABAT


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah A-Maidah ayat 8)


Jumaat, 5 April 2013

ANWAR PERLU DIBERIKAN KERUSI SELAMAT JIKA TIDAK BERTANDING DI PERMATANG PAUH

Semalam ketika berceramah di program Merdeka Rakyat di Gerik, Perak, Dato' Seri Anwar Ibrahim memohon supaya beliau diberikan tempoh selama 24 jam bagi menimbang semasak-masaknya sama ada beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh ataupun berhijrah ke kerusi baru di negeri Perak.

Sehingga kini, cakap-cakap kedai kopi hangat memperkatakan bahawa Anwar akan bertanding sama ada di Ipoh Timur, Tapah ataupun Bagan Datuh, jika beliau memilih untuk beradu nasib di negeri Perak.

Apapun pilihannya, Anwar perlu diberikan kerusi selamat, bukan untuk menyelamatkan dirinya, tetapi bagi membolehkan beliau menjelajah ke seluruh negara bagi memenangkan calon-calon PR dan seterusnya berarak megah ke Putrajaya!

Sekiranya beliau memilih Parlimen Ipoh Timur (milik DAP, ikut status-quo), memang amat mudah beliau mencapai kemenangan berdasarkan senario dan sentimen politik semasa. Namun risikonya, beliau akan ditohmah dan dimomok-momokkan oleh parti perkauman sebelah sana bahawa Anwar sudah tidak mendapat sokongan orang Melayu menyebabkan beliau terpaksa bertanding di kerusi majoriti Cina. Dan sudah pasti akan ditokok-tambahkan pula sebagai menjadi boneka DAP-Cina.

Sekiranya ini berlaku sudah pastilah Anwar terpaksa menghabiskan masa dan tenaga melayan tohmahan tersebut dan terpaksa berhempas-pulas berkempen untuk mendapatkan kepercayaan pengundi Melayu di kawasan-kawasan yang lain. Nampaknya pilihan ini tidak boleh diterima.

Jika beliau memilih Bagan Datuh, iaitu berdepan dengan Naib Presiden UMNO Zahid Hamidi, juga merupakan satu pertarungan yang berat. Anwar akan terpaksa berkampung di Bagan Datuh dan terpaksa melupakan kawasa-kawasan lain untuk berkempen, kerana Bagan Datuh bukanlah kawasan mudah menang bagi PR. Namun kalau mengikut congakan daripada keputusan PRU-12 kerusi ini juga berpotensi untuk diberi kepada Anwar.


Jumlah Pengundi: 34,670
Peratusan Kaum: M: 56.97% C: 19.31% I: 23.68% L: 0.04%
1. Datuk Ahmad Zahid Hamidi (BN) (13,115)
2. Madzi Hasan (PKR) (10,423)
Majoriti: 2,692
Jumlah undi: 24,352
Peratus mengundi: 70.24%
Undi rosak: 814


Pilihan seterusnya adalah Parlimen Tapah. Pada PRU-12 keputusannya adalah seperti berikut:


Jumlah Pengundi: 38,236
Peratusan Kaum: M: 47.27% C: 31.70% I: 20.66% L: 0.37%
1. Datuk M. Saravanan (BN) (14,084)
2. Tan Seng Toh (PKR) (11,064)
Majoriti: 3,020
Jumlah undi: 26,810
Peratus mengundi: 70.12%
Undi rosak: 1,662
Penyandang: Datuk S. Veerasingam (BN)
(Majoriti: 9,586 undi)

Kalau mengikut komposisi pengundi, parlimen ini boleh dikategorikan sebagai kawasan bercampur dengan majoriti pengundi Melayu. Majoriti kemenangan calun BN pada PRU-12 juga hanyalah 3,020. Dengan senario politik semasa serta ketokohan Anwar sendiri parlimen Tapah bolehlah dikatakan berpotensi menang buat PR.

Sementelahan pula komposisi tiga kaum utama Melayu, Cina dan India yang hampir seimbang akan melambangkan bahawa Anwar merupakan pemimpin untuk semua kaum!

Jadi pilihan terbaik buat Anwar adalah bertahan di Permatang Pauh atau berhijrah ke Tapah dan pilihan terakhirnya adalah Bagan Datuh. Ataupun mungkin beliau mengintai kerusi Hulu Selangor? Kita tunggu berakhirnya tempoh 24 jam!

Adios!
Tulisan: Papablues


Tiada ulasan:

Catat Ulasan