RENUNG-RENUNGKAN LAH WAHAI SAHABAT


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah A-Maidah ayat 8)


Rabu, 3 April 2013

PAKATAN TELAH BERSEDIA JIKA PARLIMEN BUBAR HARI INI - DSAI





Pakatan Rakyat sentiasa bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13), walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih teragak-agak membubarkan Parlimen.

Pada Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di sini malam tadi, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, KEADILAN dan parti komponen Pakatan Rakyat tiada sebarang masalah jika pembubaran berlaku seawal hari ini.
“Ada orang jangka (bubar) esok (hari ini), tapi dengarnya mungkin tidak.

“(Tetapi sama ada) Esok atau minggu depan, kita akan bagi anda (Najib) jawatan baru, (iaitu) Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia,” katanya disambut sorakan 2,000 hadirin di Kampung Datuk Sulaiman Menteri, Majidee.

Najib dilaporkan akan berucap secara langsung di RTM 1 pada jam 11.30 pagi ini. Beliau dijangka akan membuat pengumuman penting, dipercayai berkaitan PRU 13. Sebelum itu, terdapat khabar angin Perdana Menteri akan membubarkan Parlimen hari ini.

Bagaimanapun, ia disangkal Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang turut mengatakan pembubaran akan berlaku selewat-lewatnya hujung bulan ini, seperti dilapor berita Astro Awani.

Sebuah akhbar berbahasa Malaysia semalam turut membayangkan kemungkinan pembubaran itu bagi membolehkan PRU 13 diadakan. Akhbar berkenaan dipetik membuat andaian itu berikutan apa yang disifatkan sebagai arahan supaya anggota Jemaah Menteri lelaki hadir pada mesyuarat Kabinet hari ini lengkap berpakaian berwarna gelap dan bertali leher merah untuk sesi bergambar. – NS


Tiada ulasan:

Catat Ulasan