Selepas dicabar oleh Pengerusi BN Pulau Pinang (yang dipegang oleh orang Gerakan), terbaru, Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin pula melontarkan cabarannya kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng seperti
DI SINI.
Di antara cabarannya ialah supaya Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang perlu bertanding di kawasan pengundi bercampur bagi membuktikan dirinya tidak rasis dan diterima oleh semua rakyat Pulau Pinang tanpa mengira kaum, kononnya.
Kalau sebelum ini, Pengerusi BN Pulau Pinang dari parti Gerakan mencabar Guan Eng menentangnya di
|
Wakil puak desperado |
kerusi di mana beliau "jatuh" iaitu kerusi Padang Kota demi menegakkan falsafah kononnya beliau akan bangun di tempat dimana beliau jatuh, tapi akhirnya ternyata pencabar tersebut "tidak bertelur" apabila menetapkan syarat lain pula dan di kawasan lain pula!
Guan Eng tidak perlu melayan karenah puak-puak desperado tersebut. Guan Eng tidak perlu membuktikan apa-apa kepada UMNO, apa yang penting adalah beliau dipilih oleh rakyat Pulau Pinang.
Kenapa tidak UMNO sendiri yang mendabik dada sebagai parti yang diterima oleh seluruh warga Malaysia, termasuk oleh warganegara "segera", bertanding di kawasan majoriti bukan Melayu, para pemimpin mereka di peringkat nasional seperti Najib, Muhyiddin, Ahmad Maslan dan sebagainya bertanding di kawasan majoriti Cina!
Ada berani ka?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan