RENUNG-RENUNGKAN LAH WAHAI SAHABAT


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah A-Maidah ayat 8)


Selasa, 31 Januari 2012

AJK MCA BAHAGIAN SEPUTIH TERLIBAT MAJLIS "ANGPOW PUTIH"?

Ahli Jawatankuasa MCA Bahagian Seputih, Collin Tiew mengaku membawa kira-kira 50 orang ke rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran kumpulan pendesak Melayu PERKASA yang membawa kepada tercetusnya kontroversi "angpow putih" baru-baru ini.

Bagaimanapun Tiew yang juga Ketua Cawangan MCA Seri Desa mempertahankan tindakannya kerana hadir atas kapasiti sebagai pengerusi sebuah persatuan kebajikan dan bukannya sebagai ahli MCA.

Tindakan Perkasa memberikan angpow dalam sampul berwarna putih menimbulkan kontroversi kerana mengikut adat orang-orang Cina, pemberian angpow dalam sampul putih adalah khas untuk upacara pengkebumian dan dianggap menghina kaum tersebut.

Naib Presiden Gerakan dan Setiausaha Agung Pemuda MCA telah menyelar tindakan Perkasa dan meminta NGO tersebut memohon maaf kepada masyarakat Cina.

Haiyaaaaa! sepatutnya Gerakan dan MCA kenalah belasah sama AJK Bahagian Seputihnya itu, malahan kena belasah lebih teruk lagi sebab dah tentu Collin Tiew itu berbangsa Cina tetapi kenapa gagal memberikan nasihat kepada puak Perkasa yang dikatakan tidak tahu menahu tentang budaya Cina itu. Walaupun dia hadir atas kapasiti apapun dia tetap hadir atas kapasiti seorang berbangsa Cina.

Kalau Gerakan dan MCA gagal membelasah sama Collin Tiew, bermakna sama sajalah mereka dengan Perkasa, SAMA-SAMA RASIS! Selepas ini bolehlah mereka nyanyikan lagi "Kita Serupaaaaaa......"

Bak kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, "Rasis Cina adalah MCA, rasis Melayu adalah Perkasa dan Utusan, mereka dah bersatu jadi abang adik, sokong sama sokong."

"Perkasa hina orang Cina itu perkara biasa tetapi apabila MCA juga terlibat sama bawa Perkasa untuk sama-sama hina orang Cina itu yang saya tidak boleh terima," tambah Guan Eng melalui rakaman audio sidang medianya kepada TV Selangor.

PERKASA DICABAR BUKA "THANNIR PANNTHAL" SEMPENA THAIPUSAM

WargaAMAN, gabungan 20 NGO India meminta PERKASA supaya melebarkan lagi kebaikan hati mereka, dan kali ini kepada komuniti India pula dengan membuka gerai minuman percuma "Thannir Pannthal" sempena perayaan kaum tersebut Thaipusam.

Mereka yang melahirkan rasa terkejut dengan tindakan Perkasa menganjurkan rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina di Kelab Sultan Sulaiman baru-baru ini berkata sekiranya Perkasa betul-betul ikhlas dan bukan sebuah pertubuhan yang rasis sebagaimana yang didakwanya, kenapa Perkasa tidak menganjurkan juga rumah terbuka sempena Krismas dan Deepavali?

"Kami cabar Perkasa, jika memang benar mereka tidak rasis, apa salahnya jika mereka membuka gerai minuman percuma untuk orang-orang Hindu yang akan merayakan Thaipusam minggu depan?" tanya setiusaha WargaAMAN S. Barathidasan.

Menurut Barathidasan, penganjuran gerai-gerai minuman percuma pada hari Thaipusam merupakan adat ataupun tradisi masyarakat Hindu di mana pelbagai pertubuhan dan organisasi membuka gerai-gerai tersebut sebagai kerja-kerja amal mereka.

Macamana Ibrahim Ali dan Syed Hassan Ali, ada berani ka sambut itu cabaran dari WargaAMAN? Inilah peluang terbaik untuk Perkasa menunjukkan yang sebenar-benarnya mereka tidak rasis sebagaimana yang orang ramai tersalah anggap! Diharap mereka tidak serik menganjurkan lagi perasaan kaum-kaum lain walaupun kontroversi melanda ketika mereka menganjurkan Tahun Baru Cina.

Isnin, 30 Januari 2012

KOTA SIPUTIH: BERAPA TAHUN PULAK NAK SELESAI NI?

Diberitakan Mahkamah Persekutuan telah memberi kebenaran kepada speaker Dewan Undangan Negeri Kedah mengemukakan rayuan berhubung dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan kerusi Kota Siputih kosong pada 16 November 2009. Kerusi tersebut diisytiharkan kosong berikutan ADUN berkenaan Datuk Abu Hassan Sharif gagal dua kali hadir mesyuarat dewan undangan tersebut pada tahun berkenaan.

Namun pada 18 Ogos 2011, iaitu selepas hampir dua tahun, Mahkamah Rayuan telah menukar keputusan tersebut dan mengisytiharkan Datuk Abu Hassan kekal sebagai ADUN Kota Siputih.

Kini, setelah masuk tahun 2012, Mahkamah Persekutuan pula membenarkan speaker membuat rayuan. Bayangkanlah pula bilakah keputusannya akan diketahui? Mungkin sehingga DUN Kedah dibubarkan keputusan kes ini belum diketahui lagi.

Cuba bandingkan pula denga kes yang melibatkan MB Perak, cuma berapa hari diambil oleh Mahkamah Rayuan untuk menukar keputusan Mahkamah Tinggi? Kita bukanlah ingin menuduh mahkamah memihak, tetapi dengan senario yang sebegini sudah pastilah rakyat merasa curiga! 

Sabtu, 28 Januari 2012

PENGAJARAN BUAT USTAZ NASA, TIADA BEBAN BATU DIGALAS!

Diberitakan mantan Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa telah membuat laporan polis semalam berikutan penggunaan gambar beliau pada poster dan banner satu program ceramah politik yang dianjurkan Persatuan Perajurit Daerah Hulu Langat yang menampilkan Hasan Ali sebagai penceramah utama.

Ustaz Nasa menafikan penglibatan beliau dalam program tersebut dan turut menegaskan akan terus bersama PAS. Kita hargai usaha Ustaz Nasa dalam membersihkan nama beliau daripada dikaitkan dengan program yang bertujuan menyediakan platfom kepada Hasan Ali untuk membelasah PAS dan Pakatan Rakyat.

Walau bagaimanapun, sekiranya bukan kerana kelakuan pelik Ustaz Nasa sejak akhir-akhir ini termasuk hadir ke rumah Hasan Ali ketika beliau dipecat serta memberikan pula beberapa komen selepas itu, pastilah tidak semudah itu orang akan mempergunakan gambar beliau di sisi Hasan Ali. Apa yang ada dalam hati Ustaz Nasa orang tidak nampak, tetapi apa yang beliau ucap dan lakukan itu menjadi perhatian orang.

Oleh itu kepada Ustaz Nasa, kalau betul anda masih sayang dengan PAS dan PR, berhati-hatilah dalam segala tindak tanduk dan tutur kata anda! Ini merupakan satu pengajaran, tiada angin masakan pohon bergoyang! Janganlah bersikap tiada beban batu digalas!

NAK SURUH SAYA JADI MACAM UMNO PULAK? MB KEDAH

"Sekarang nak suruh saya buat macam UMNO pula, semua perkara di bawah KUIN, saya tidak campur tangan, biar pihak pengurusan dan pentadbiran yang buat,'' tegas Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Abdul Razak ketika mengulas kecaman Dr. Aziz Bari terhadap beliau berikutan kemelut penggantungan lima orang pelajar KUIN di bawah AUKU.

Menurut beliau, macam mana pula Dr. Aziz menyuruh beliau campur tangan dalam urusan pentadbiran universiti, dan lagi pula kes ini telahpun di bawa ke mahkamah.

"Kalau beliau pakar perlembagaan patut tahu bila dah dibawa ke mahkamah buat apa nak bising......." tambah beliau lagi.

Kes tersebut dijangka disebut pada 12 Mac depan.

Jumaat, 27 Januari 2012

PERSATUAN PERAJURIT ANJUR CERAMAH POLITIK?


Diberitakan beberapa poster ceramah yang melibatkan individu terbuang dari PAS dan rakan-rakan barunya tersebar di sekitar Bandar Baru Bangi. Poster ceramah "Roadshow Masa Depan Politik Malaysia bersama ....." itu turut memaparkan wajah mantan Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin walaupun tidak dinyatakan beliau sebagai salah seorang penceramah. Ustaz Nasha diberitakan telahpun membuat laporan polis terhadap poster penipuan dan fitnah terhadap beliau.

Penganjur program tersebut ditulis sebagai "Persatuan Perajurit Daerah Huklu Langat". Persoalannya di sini sejak bila pula PERAJURIT mempunyai persatuan? Kalau BEKAS PERAJURIT itu mungkin juga. Bila disebut persatuan perajurit bermakna persatuan yang melibatkan anggota tentera yang masih berkhidmat? Sejak bila pula anggota tentera dibenarkan berpesatuan? Kalau betulpun ada persatuan tersebut boleh kah anggota tentera melibatkan diri dalam aktiviti politik? Diharap pihak-pihak yang terlibat membuat penjelasan sewajarnya.

Kepada penceramah-penceramah yang bergelar USTAZ itu pula, istighfarlah banyak-banyak! Kalau anta melibatkan diri dalam program yang bermula dengan penipuan dan fitnah ini bermakna anta berdua tidak layak menggunakan gelaran ustaz dipangkal nama anta berdua kerana bersekongkol dengan golongan kaki tipu dan fitnah! 

APAKAH MENYIMPAN DAN MENONTON VIDEO LUCAH HALAL DI MALAYSIA?

Saya pun sebenarnya kurang pasti dengan undang-undang negara ini sama ada menonton, menyimpan dan mengedar kepada rakan-rakan video lucah itu dibenarkan ataupun menjadi kesalahan di bawah mana-mana akta. Yang pasti dalam Islam hukumnya adalah haram!

Kalau perkara ini bertentangan dengan undang-undang, kenapa si tua ini boleh mengaku menerima daripada orang yang dinamakan, dan telahpun menonton video lucah made-in Thailand tanpa dikenakan apa-apa tindakan? Bukan tugas beliau (si Tua itu) untuk menonton, menilai dan mengambil tindakan terhadap kandungan video itu!

Kepada si- Tua itu, banyak-banyak lah bertaubat, malu kat anak cucu, dah tua-tua dok tengok video tak senonoh lagi!

Khamis, 26 Januari 2012

MACAM MANA NAK SELAMATKAN AKIDAH ORANG LAIN KALAU BUAT KERJA MENIPU?



KENYATAAN MEDIA

26 Januari 2012


JEMPUTAN PROGRAM HIMPUNAN SEJUTA UMAT MENGGUNAKAN KEPALA SURAT PALSU PEJABAT EXCO AGAMA ISLAM

Saya begitu kesal dengan tindakan pihak tertentu, memalsukan surat saya dengan menggunakan kepala surat palsu Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) berhubung Jemputan Menghadiri Program Perhimpunan Himpunan Ummah Selamatkan Akidah yang dijadual pada 28 Januari 2012 di Pusat Budi Penyayang, Kepala Batas.

Surat bertarikh 19 Januari 2012, yang ditujukan kepada pengerusi Qaryah Masjid Pulau Pinang itu juga menggunakan nombor rujukan palsu, selain hanya memaparkan nombor faks pejabat saya tanpa meletakkan nombor telefon pejabat.

Ingin saya tegaskan kerajaan negeri tidak terlibat dalam penganjuran majlis tersebut, yang saya difahamkan adalah anjuran beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Tindakan memalsukan surat rasmi bagi menjemput orang ramai menghadiri majlis tersebut, bukan sahaja menggambarkan sikap tidak bertanggungjawab dan tidak beretikanya pihak berkenaan, bahkan ia mencerminkan hati budi mereka yang sebenarnya.

Lanjutan daripada itu, saya telah membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Timur Laut, George Town pada jam 2.12 petang tadi bagi menyiasat perkara ini.

YB ABDUL MALIK KASIM,
EXCO HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG

26 Januari 2012

CHANDRA MUZAFFAR KELIRU ANTARA HAK ASASI MANUSIA DAN FITNAH?

Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (JUST) Dr. Chandra Muzaffar berkata tindakan Anwar Ibrahim yang sering menyaman pihak lain yang mengkritiknya memperlihatkan sikap beliau (Anwar) yang tidak faham dan tidak menghormati hak bersuara pihak lain, serta bertentangan dengan imej demokrasi dan hak asasi manusia yang cuba diperjuangkan Ketua Pembangkang itu.

Sebelum itu seorang opoturnis politik, Ezam Mohd Nor membidas Anwar kerana tidak menyaman bekas rakan-rakannya yang sering menjaja keburukan Anwar dalam ceramah-ceramah mereka serta Trio Datuk T.

Kepada Ezam, mengenai Datuk Eskay, baik engkau tanya pihak polis, apa dah jadi dengan laporan polis yang dibuat oleh Anwar mengenai kes ini? Tak kan lama sangat nak siasat? Tak dengar khabar beritapun? Mengenai bekas rakan-rakan yang memfitnah beliau, ini jelas bententangan dengan apa yang Chandra cakap, kerana mereka bercakap di pentas politik maka Anwar membiarkan saja mereka kerana menghormati hak kebebasan bersuara dan demokrasi.

Chandra! saya merasa amat malu kerana tuan sebagai seorang cendekiawan (atau cendawan?) tidak dapat membezakan di antara hak kebebasan bersuara dengan fitnah. Sebagai seorang ISLAM, tuan tentu tahu hukumnya memfitnah orang. Apakah Anwar tidak mempunya hak mempertahankan diri? Insaf-insaflah wahai BEKAS PENSYARAHKU!

Rabu, 25 Januari 2012

NABI ADAM BERBANGSA MELAYU-PROTO?

Geran sebanyak RM1.4 juta telah disediakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk membiayai penyelidikan bahawa Melayu sememangnya berasal daripada Tanah Melayu. Kajian tersebut dijalankan oleh saintis daripada Universiti Sains Malaysia, Zafarina Zainuddin.

Menurut Zafarina, pencarian "Melayu berasal daripada Tanah Melayu" akan menyemarakkan kembali semangat Melayu dan seterusnya orang Melayu berasa bangga menjadi Melayu.

Kajian tersebut juga kononnya membuktikan bahawa Melayu-Proto adalah nenek moyang populasi umat manusia hari ini. Kenyataan ini dikeluarkan oleh Timbalan Pengerusi Persidangan Asal Usul Melayu: Induknya di Alam Melayu, Zaharah Sulaiman. Persidangan ini dirasmikan oleh TPM.

Namun seorang pakar genetik Universiti Oxford, Dr. Stephen Oppenheimer berkata beliau terkejut apabila melihat betapa kajian asal usul warga pribumi di negara ini dijalankan mengikut pertimbangan politik! Patutlah dapat geran RM1.4 juta! Tak kisah la tu ....

Yang musykilnya apabila dikatakan Melayu-Proto adalah nenek moyang populasi manusia kini? Jadi adakah mereka ingin menyatakan bahawa Nabi Adam a.s. itu berbangsa Melayu-Proto? Apa yang kita sebagai umat Islam sentiasa bercaya dan berpegang bahawa Nabi Adam a.s. adalah nenek moyang kepada semua umat manusia di dunia ini!


BENARKAH UCAPAN INI KELUAR DARI MULUT KETUA POLIS SHAH ALAM?

"If you do it in the hornet's nest, then we will tell you not to and suggest another place. But if you say you like to get stung, then we will let you proceed," - Ketua Polis Shah Alam ACP Zahedi Ayob dilaporkan berkata sebagaimana yang dilaporkan oleh The Malaysian Insider.


PJ SUHAKAM NAIK ANGIN SEBAB "KEBODOHAN" DAN KETIDAKMATANGAN PEGAWAI KANAN POLIS

Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), Mohd Sha'ani Abdullah dilaporkan naik angin dengan apa yang beliau sifatkan sebagai "kebodohan" dan ketidakmatangan pegawai kanan polis dalam memberi kenyataan mengenai insiden "samseng" mengganggu ceramah ABU di Jalan Kebun, Klang baru-baru ini. 

Tentulah sesuatu yang amat serious sehingga perkataan "kebodohan" keluar dari mulut Pesuruhjaya SUHAKAM tersebut! Entahlah..... kadang-kala penat memikirkan manusia-manusia yang kurang fikiran dalam bertindak. Janganlah kerana perbezaan pandangan politik sehingga kita bertindak mengikut hawa nafsu.

Berita lanjut sila baca DI SINI

"PEJUANG-PEJUANG ISLAM" SELANGOR MASIH INGAT DATO' ISHAK BAHAROM?

Heboh di sana sini di negeri Selangor kononnya agama dan umat Islam terancam berikutan peralihan jawatan EXCO yang dulunya dipegang oleh "Jaguh Akidah" dari PAS kepada MB Selangor. Puak-puak pencacai dengan gaya pejuang Islam tulen saban hari mewar-warkan kononnya agama Islam kini terancam berikutan dengan perkembangan terkini politik negeri Selangor

Puak-puak pencacai ini saban hari terus memomokkan bahawa PAS kini hilang kredibiliti apabila terlepas potfolio Hal-Ehwal Islam ke tangan PKR. Jadi secara tak langsung mereka telah mengiktiraf bahawa PAS bertanggungjawab menjaga Islam, yang sebelum ini mereka juga yang menafikannya.

Buat puka-puak pencacai, sebelum kamu terus meroyan lebih baik ingat-ingatlah kembali kisah dan tragedi yang menimpa bekas mufti Selangor Allahyarham Dato' Ishak Baharom! Siapakah disebalik kemelut yang berlaku tersebut? Sekiranya ketika peristiwa tersebut belaku kamu masih budak hingusan atau masih belum lagi lahir ke dunia ini, tanyalah ayah atau datuk kamu supaya kamu dapat bertindak dengan lebih siuman!

Janganlah bertindak macam lembu tak bertuan, atau lembu yang dicucuk hidung oleh tuan-tuan lembu!

APAKAH DGN BERSIFAT SAMSENG RAKYAT AKAN MENYOKONG MEREKA?


Umno harus ambil tanggungjawab ; serangan bersifat perkauman terhadap program ABU

Kenyataan Rasmi

22 Januari 2012

SAMM MENGUTUK SERANGAN GANAS BERSIFAT PERKAUMAN.

Asalkan Bukan Umno (ABU) ialah sentimen rakyat yang ingin melihat penyatuan perbagai 'force' dalam usaha menumbangkan Umno ke arah menyelamatkan negara. Ini penting kerana melihat kehancuran negara yang disebabkan Umno iaitu sebuah parti yang dicipta penjajah untuk mewarisi negara ini semakin tidak terbendung.

Sentimen ABU ini ialah sentimen rakyat namun baru - baru ini beberapa organisasi pertubuhan bukan kerajaan dengan kerjasama beberapa parti politik telah bergabung untuk memberi nafas baru kepada sentimen ini menjadi kempen kesedaran peringkat nasional. Pada 15 Disember lepas ABU telah dilancarkan di Taman Melewar, Gombak dengan menyaksikan pentas perasmian dikongsi oleh ahli politik, aktivis masyarakat, peniaga kecil, kontraktor, wakil orang asal, pekerja kilang dan wakil-wakil perbagai segmentasi masyarakat hadir menyampaikan ucapan.

Selepas itu program berteraskan ABU berterusan dalam perbagai pendekatan dalam skala kecil dan besar. Antaranya ialah pelancaran ABU Pulau Pinang pada 18 Januari 2012 di Permatang Damar Laut yang menyaksikan bukan sahaja lebih 1500 kehadiran dalam kawasan yang dikenali kubu Umno sebelum ini tetapi turut menyaksikan pengistiharan keluar beramai - ramai ahli Umno yang diketuai oleh bekas ketua cawangan Umno kawasan tersebut. Bukan itu sahaja pengedaran risalah ABU serta kemeja ABU mula menjadi trend anak muda.

Mungkin melihat kejayaan dan penerimaan makin meningkat maka Umno menjadi gusar.

Minggu lepas sekali lagi ABU menjadi perhatian apabila Hindraf secara rasmi menyatakan pendirian bersama dengan ABU. Hindraf berjanji akan bersama dengan sekutu - sekutu yang bersama sentimen ABU malah koordinator Kebangsaan hindraf w.Sambulinggam menyatakan hasrat ingin bersama PR bagi mengalahkan Umno/Bn dalam PRU akan datang.

Serentak dengan itu Hindraf mengusakan beberapa pentas program ABU di beberapa tempat.

Pada 21 Januari 2012 jam 9.00 mlm telah disusun program Ceramah Umum ABU yang menampilkan Hj. Mohd Sabu (Timbalan Presiden PAS), Peguam Haris Ibrahim (SABM), cheGuBard (SAMM) dan Sambulinggam (Hindraf) di Dewan MBSA seksyen 30, Jalan Kebun,Shah Alam.

Kira - kira 8.45 malam, orang ramai memasuki dewan, kebetulan dengan waktu Isya yang lewat maka kehadiran awal ialah majoriti bukan Islam. Kira - kira 9.00 mlm semua penceramah sampai dan mula duduk diatas pentas. Serentak dengan itu datang kira - kira 20 orang pemuda menjerit perbagai cacian dan makian yang dilihat secara sengaja ditujukan kepada hadirin India. Malah ada yang membawa masuk motorsikal ke dalam dewan. Mereka bersenjatakan topi keledar dan kayu terus memukul beberapa tetamu yang hadir. Peralatan P.A dan projektor juga ada dirosakkan. Beberapa orang cedera, namun mereka tidak mahu ke hospital kecuali seorang pemuda berbangsa India terpaksa dikejarkan ke hospital kerana hampir pengsan dipukul.

Di luar dewan pula sebahagian dari kumpulan ini dengan senjata telah mengugut dengan menjerit kepada peniaga yang datang berniaga kerana program tersebut agar menutup perniagaan. Ada gerai yang menjual makanan ringan mengalamai kerugian apabila gerainya disepak dan barang makanan yang dijualnya berterabur di tanah.

Petugas dengan beberapa hadirin yang kebutulan ada yang baru datang berjaya menenangkan keadaan. Kumpulan pemuda - pemuda tersebut berundur ke seberang jalan mengadap dewan. Ketika kira kira 4-5 orang ganggota polis datang, jumlahnya mereka bertambah ramai begitu juga penyokong dan hadirin yang ingin hadir bersama ceramah ABU. Keadaan mula tegang, polis dilihat tidak mampu berbuat apa-apa.

Kira - kira jam 10.00 mlm penganjur memutuskan untuk menangguhkan program tersebut kerana bimbang soal keselamatan dan mengelakkan insiden tidak diingini berlaku.

Jelas serangan tersebut ditujukan kepada hadirin bukan Melayu khususnya India, dalam taklimat sebelum bersurai cheGuBard meminta agar kawan - kawan Melayu agar dapat memastikan kawan-kawan berbangsa India dapat di iring ke kenderaan dan selamat keluar dari kawasan kerana di keliling dewan pemuda - pemuda ada yang bersenjata bertambah ramai menjerit jerit ugutan perkauman.

Ada orang tempatan yang mengenai penyerang tersebut dengan orang kuat Umno, malah dari pakaian (ada berlogo Umno), aksi dan jeritan mereka yang menghalau orang India keluar kerana ini kawasan Melayu kubu Umno jelas menunjukkan serangan tersebut harus dipertanggungjawabkan kepada Umno. Mereka sedang mencipta pergaduhan kaum, mujur yang hadir tenang dan bertindak bijak.

Kejadian malam tadi membuktikan sikap sebenar Umno dan hipokrasi kempen 1 Malaysia. Adakah orang India sudah tidak selamat berada dikawasan ramai penyokong Umno ? satu lagi paku telah diketuk untuk menyiapkan keranda Umno menjelang PRU akan datang.

Umno harus dipertanggungjawabkan dalam kejadian serangan fizikal, ganas dan bersifat perkauman ini. PDRM dituntut bertindak profesional gambar rakaman semua tersedia dan diserahkan bersama dengan laporan yang dibuat penganjur.

Kejadian ini sama sekali tidak melemahkan. Malah semua rakyat dijemput untuk hadir ke

Pelancaran ABU Negeri Sembilan
28 Januari 2012, 9.00 malam
Taman Seremban Selatan.

Sekian

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia
22 Jan 2012
2.08 pagi

Ahad, 22 Januari 2012

DAP TETAP MAHUKAN NIZAR JADI MB PERAK - NGEH KOO HAM

DAP tidak bercita-cita supaya Adunnya menjadi Menteri Besar Perak sekiranya Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan selepas pilihanraya yang akan datang, sebaliknya tetap mahukan Dato' Seri Mohamad Nizar mengisi semula jawatan yang dirampas daripadanya itu.

Pengerusi DAP Perak, Dato' Negh Koo Ham menegaskan demikian ketika mengulas kemasukan dua orang profesional muda Melayu ke pangkuan parti tersebut semalam.

"Hari ini saya ingin menegaskan sekali lagi terutamanya bagi rakyat negeri Perak bahawa DAP tidak mempunyai cita-cita tersebut (menjadi MB Perak), dan jika cerita tersebut keluar, ia hanya satu lagi fitnah daripada BN. DAP menyatakan sokongan penuh kepada Dato' Seri Nizar sebagai Menteri Besar untuk Perak," tegas beliau.

Sebenarnya orang Melayu menganggotai DAP bukanlah cerita baru, cuma mungkin anak-anak hingusan pencacai UMNO yang tidak tahu sejarah parti tersebut merasa pelik. Ialah sebagai anak hingusan mungkin mereka belum lahir lagi ketika beberapa orang Melayu berjaya menjadi Ahli Parlimen dan Adun atas tiket DAP. Sebagai contoh, Ahmad Nor bekas presiden CUEPAC menang di Bayan Baru atas tiket DAP begitu juga Fadzlan Yahya menang Adun Pasir Berdamar di Perak.

Kepada DAP teruskan perjuangan anda kerana hakikatnya anda lebih baik daripada UMNO-BN!

Sabtu, 21 Januari 2012

ULASAN KHALID SAMAD TENTANG PERLANTIKAN EXCO BARU SELANGOR

Sekembali saya ke tanah air setelah berada di Saudi Arabia selama 16 hari, maka saya dapati beberapa perkembangan menarik sedang berlaku. 

Oleh itu, saya ingin mengupas secara ringkas beberapa perkara yang saya akan mulakan dengan penstrukturan Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Pelantikan Dr Yunus mengemparkan ramai, termasuklah yang sudah pasti, Dr Yunus sendiri. Apabila ianya berlaku maka mula sibuklah pencacai UMNO yang telah terdiam terkedu setelah DSAI didapati tidak bersalah. Tiba-tiba ada isu, walaupun remeh dan kecil, yang memberi nafas baru kepada mereka untuk terus hidup.

Maka mulalah mereka menghasut setelah terbukti hasutan sebelum ini berhasil, supaya Dr Rani juga bertindak sepertimana sebelum beliau. “Tidak patut”, kata mereka, “Dr Rani PJ dan sepatutnya dialah yang dilantik menjadi Exco”. 

Namun begitu, hasutan tukang hasut tidak berkesan ke atas manusia yang berjuang tanpa memikirkan jawatan atau pangkat. Atas sikap tidak peduli Dr Rani dalam soal hasutan ini, saya mengucapkan tahniah. 

Jelas terbukti bahawa dakwaan beliau gilakan jawatan serta menjatuhkan mantan PJ kerana inginkan jawatanan Exco adalah tidak berasas dan amat meleset sama sekali.

Setiap individu di dalam PAS seharusnya mempunyai sifat tidak merajuk apabila tidak dipilih atau dilantik memegang sesuatu jawatan. 

Malahan individu tersebut akan merasa lega apabila dilepaskan dari dipilih untuk menjawat sesuatu jawatan kerana dia faham bahawa jawatan itu adalah tanggung jawab dan amanah yang berat. Ianya bukan hadiah atau ‘ghanimah’. Ianya bukan pengiktirafan atau penghormatan, ianya adalah amanah. 

Kita tidak lari dari tanggung jawab, tetapi kita tidak juga mencari-carinya sehingga menjadikan sesuatu jawatan itu sebagai impian hati dan matlamat perjuangan hidup.

Orang yang dikuasai keinginan jawatan akan dirosakkan oleh keinginan itu sendiri sehingga apabila ianya terlepas dari tangannya atau kelihatan semakin jauh darinya maka dia mula berhempas-pulas ketidak tentuan. 

Segala yang dikatakan betul selama ini menjadi salah, segala rakan menjadi lawan sehingga; segala segala yang dimuntahkan sanggup dijilat balik. 

Maka bermulalah dia mengorak langkah melalui ‘pendekatan baru’ untuk mendapatkan jawatan tersebut tanpa menghiraukan segala yang telah dikatakan dan diikrarkan sebelum ini, termasuklah yang dibaiahkan selama ini.

Alhamdulillah Dr Rani, tidak bersifat sebegitu. Beliau hadir pada majlis pelantikan Exco baru dan apabila ditanya, beliau menyatakan sokongan penuh terhadap pelantikan Dr Yunus. 
Sememangnya sebelum ini pun Dr Rani pernah menzahirkan kekhuatiran beliau terhadap persoalan menjawat jawatan PJ dan Exco, dalam suasana di ambang pilihan raya, dikhuatiri dirinya tidak termampu.

Maka akhirnya apa yang telah terjadi diterima dengan hati terbuka, sebagai penentuan Allah yang terbaik bukan sahaja bagi dirinya, tetapi bagi jemaah.

Ada pula yang dari golongan yang agak jahil menyatakan bahawa perlantikan Dr Yunus sebagai Exco Belia dan Adat Melayu adalah sesuatu yang memalukan PAS. 
“Tidakkah PAS parti Islam,” tanya mereka, “mengapa tidak diberikan portfolio Exco Agama seperti dulu?”

Bagi mereka ini Islam adalah apa yang terkandung di dalam kerangka Jabatan Agama Islam. Tiada Islam dalam urusan Belia atau Adat Istiadat orang Melayu. Itulah apa yang disebut sebagai fahaman sekular. 

Bagi PAS, Islam releven di dalam semua portfolio, termasuklah belia. Memandangkan pengundi Selangor adalah majoritinya di bawah umur 40 tahun, maka portfolio ini amat berharga bagi PAS. Masa inilah PAS perlu menarik sokongan golongan muda dengan membuktikan “orang muda geng kita”.

Dari sudut praktikalnya, dalam tempoh 2 ke 3 bulan sebelum pilihan raya, lebih mudah diserahkan kepada Exco baru portfolio yang sedang dia jaga selama ini, walaupun bukan sebagai Exco pada ketika itu. 

Dr Yunus salah seorang yang membantu MB menjaga portfolio belia dan sukan sebelum ini. Ianya tindakan yang praktikal bagi menjamin kesinambungan tugas serta kelicinan peralihan jawatan yang sedang dilalui secara mendesak dan di ambang pilihan raya.

Adalah agak sukar bagi Exco baru menguasai portfolio baru dalam suasana sebegini. Lebih-lebih lagi sekiranya ianya portfolio Exco Agama kerana sekarang ini JAIS dan MAIS ingin dijadikan bagaikan lubuk UMNO dan BN. 
Ianya medan pertahanan terakhir mereka dan mereka ingin menggunakannya sehabis-habisnya untuk menggagalkan usaha PR mengekalkan kerajaannya di Selangor. 

Tindakan mengekalkan mantan PJ PAS Selangor sebagai Timbalan Pengerusi MAIS, walaupun saya tahu ada yang mereka tidak begitu suka pada dirinya, jelas menunjukkan niat jahat mereka.

Dalam suasana yang ‘hostile’ sebegini, seorang Exco baru akan dihadapkan dengan bermacam-macam masalah. Jenis UMNO bukan faham soal menghormati keputusan rakyat. Mereka akan jadikan tempoh 3 bulan pertama satu tempoh yang sukar bagi Exco baru seperti Dr Yunus. 

Oleh itu, memandangkan tempohnya singkat dan perjalanannya penuh dengan cabaran, maka adalah lebih baik MB sendiri yang memegangnya. Baru bertemu buku dengan ruas.

Ada pula yang berkata, “apa MB tahu pasal syariat Islam?” Jawab saya, “Exco Agama ini perlu keluarkan fatwakah?” Lagipun, bagi saya, beliau adalah jauh lebih baik dari Rahman Palil yang boleh duduk bersekongkol dengan Khir Toyo serta UMNO dan BN. 

Mungkin juga lebih baik fahamannya berbanding mantan Exco yang mungkin hanya sekadar bersemangat dan bermotivasi tinggi sahaja tetapi sekarang sudah cukup jelas kefahamannya agak terencat.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

PENJELASAN ISU KUIN OLEH SETPOL MB KEDAH


Masalah yang berlaku di kuin sekarang ini berpunca daripada rasa tidak puas hati pelajar terhadap beberapa masalah yang pada pandangan mereka tidak berjaya diselesaikan oleh pentadbiran kuin dengan baik. Jika kita mengkaji secara lebih mendalam, masalah-masalah yang mereka timbulkan ini bukan hanya berlaku pada sesi 2010/2011 sahaja, tetapi telah berlarutan sejak beberapa tahun. MPM pada sesi sebelum ini pun memperjuangkan isu yang sama.

Rentetan daripada masalah ini dan desakan berterusan daripada mahasiswa, maka Majlis perwakilan mahasiswa kuin (MPMKUIN) telah menganjurkan satu himpunan mega mahasiswa pada 11.01.2011 untuk menuntut masalah-masalah ini diselesaikan segera.

Perhimpunan ini juga dihadiri oleh rektor dan pengurusan tertinggi kuin. 21 masalah telah dibangkitkan. Antaranya ialah :

1. Masalah kelewatan bayaran ptptn dan zakat
2. Isu penempatan pelajar
3. Isu keselamatan
4. Masalah disiplin
5. Yuran asrama dan pengajian yang tinggi
6. Etika pemakaian pelajar
7. Kemudahan asas dan bilik kuliah tidak mencukupi
8. Masalah pengangkutan pelajar yang tinggal di asrama
9. Karenah birokrasi yang teruk dll.

Dalam perjumpaan itu, rektor dan beberapa pegawai kanan KUIN berjanji untuk menyelesaikan masalah-masalah ini sebaik mungkin. Selepas menanti selama 3 bulan, pentadbiran KUIN dilihat seolah-olah tidak bertindak sesuatu untuk menyelesaikan masalah tersebut. Padahal, masalah yang berlarutan sejak bertahun- tahun sebelum ini memerlukan penstrukturan semula KUIN secara menyeluruh, dari semua sudut. Apa yang sedang di buat oleh kerajaan sekarang ialah transformasi secara total, baik dari sudut pembangunan kursus,
perubahan attitude pensyarah dan pelajar, kediaman dan kemudahan-kemudahan. Pembinaan kampus tetap adalah sebahagian dari komitmen besar kerajaan ke arah itu.

Daripada tiga ribu pelajar, kini KUIN menampung tujuh ribu pelajar. Sudah tentu masalah yang berlarutan itu juga semakin mendesak untuk diselesaikan. Usaha gigih ini sudah menampakkan hasil yang sangat baik dari masa ke semasa. Tidak mungkin ia dapat memenuhi semua tuntutan dalam sekelip mata.

Tidak dapat dinafikan UMNO melihat peluang memadamkan political millage yg diraih oleh PAS dengan usaha- usaha penambahbaikan KUIN sama ada menerusi pembinaan kampus tetap di Kuala Ketil, penambahan kursus dari 7 program ke 42 kursus termasuk Perubatan yang akan bermula Julai ini dgn pengambilan pertama seramai 100 org. Jarum politik UMNO dicucuk di pusat tahfiz KUIN, tempat paling rapat dan paling sensitif dgn umat islam dan melayu- lanskap politik Kedah.

Kemudian timbullah isu baru iaitu pelajar-pelajar diploma tahfiz diarahkan untuk mengosongkan asrama Ar-Razi ( berhampiran Masjid Sultanah) untuk memberi laluan kepada Sekolah Bistari (internatinal school di bwh anak syarikat Insaniah Holding) Pelajar dan guru tahfiz yang tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut telah mengadakan satu demontrasi dihadapan bangunan tersebut pada 1/4/11 selepas solat jumaat. Pada selepas subuh lagi, jemaah masjid dr kalangan UMNO telah menjaja akan ada demo selepas jumaat pd hari tersebut.

Perhimpunan ini telah mendapat liputan yang luas di media massa dan secara tidak langsung telah mencalarkan imej Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah yang dipimpin oleh YAB Dato' Seri Ust Azizan Abd Razak. Laporan kepada MB pulak datang dengan berbagai versi yg melibatkan pemalsuan laporan oleh dekan dan pensyarah pusat pengajian itu. Esoknya, satu laporan baru yg dilunakkan dihantar, dan sekan membuat statement ttg salahlapor sebelumnya. Ini memberikan imej buruk kepada KUIN dan Kerajaan Negeri.

Kejadian serangan bom petrol dihadapan pejabat HEP beberapa hari kemudian juga telah dikaitkan dengan demontrasi tersebut. Seterusnya berapa kenyataan media dan tindakan susulan dilakukan oleh pelajar, pensyarah, pengurusan kuin dan pimpinan kerajaan telah menjadikan isu ini semakin rumit. Pelajar yg dikenakan tindakan adalah antara penganjur demo dan berucap di khalayak dan memberi statement kepada media memburukkan imej KUIN dan kerajaan.

Akhirnya, 6 orang pelajar tersebut telah diberikan surat tunjuk sebab diatas beberapa kesalahan seperti menghadiri demontrasi, memberi kenyataan kepada media tanpa kebenaran, mengganggu ketenteraman awam dan lain-lain. Selepas dipanggil menghadap Jawatankuasa Disiplin KUIN, 5 orang telah digantung pengajian dan seorang didenda RM 100.

TINDAKAN DEWAN PEMUDA PAS KEDAH

DPPNK melalui JPM telah mengadakan beberapa siri perjumpaan tertutup dengan wakil mahasiswa dan pensyarah untuk menyelesaikan kemelut ini. Kita ingin terus membantu, mahasiswa maupun pihak pengurusan KUIN.

Berbagai pandangan dan nasihat yang diberikan untuk menyelesaikan isu ini tetapi, isu ini menjadi semakin panas apabila ada campurtangan dari SMM dan beberapa gerakan mahasiswa di lembah kelang.

Antara tindakan mereka ialah menghantar satu memorandum kepada pimpinan tertinggi PR termasuk Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi dan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Mereka menuntut agar YAB Dato' Seri Ust Azizan dinasihati dan ditegur.

Pada 29 Mei 2011, DPPNK telah mengambil langkah menjemput semua pihak termasuk wakil pentadbiran KUIN untuk memberikan penjelasan dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik. 

JAWAPAN YANG DIBERIKAN OLEH PENTADBIRAN

1. MASALAH KELEWATAN BAYARAN PTPTN
Ptptn mempunyai jadual pembayaran yang tetap, dan pihak kuin tidak ada kuasa untuk melakukan perubahan, selain itu, ada sesetengah pelajar yang tidak menyediakan dokumen yang lengkap menyebabkan bahagian pemprosesan maklumat peminjam di jabatan hep terpaksa menunggu untuk menghantar permohonan secara serentak.

2. ISU PENEMPATAN PELAJAR
Asrama yang ada tidak mencukupi untuk menampung jumlah yang ramai, selain itu kuin mempunyai sumber kewangan yang terhad dan tidak mampu untuk menyediakan penempatan kepada semua kerana sewa yang dikenakan untuk sesebuah rumah tinggi, akibatnya terpaksa menanggung subsidi yang tinggi. Contohnya, bahagian perumahan negara meletakkan harga bagi sebuah rumah di flat gemilang ialah rm 750. Sedangkan pihak kuin mengenakan yuran asrama hanya rm 50 sebulan. Untuk keselesaan, sebuah rumah hanya boleh memuatkan 8 orang pelajar. Rm 50 x 8 orang bersamaan rm400. Jadi kuin terpaksa menampung rm 350 untuk sebuah rumah.

3. YURAN ASRAMA DAN PENGAJIAN YANG TINGGI
Kuin antara ipts yang mengenakan bayaran yang terendah kepada pelajarnya berbanding dengan ipts yang lain.yuran pelajar diploma hanya rm 48 bagi satu jam kredit, manakala untuk ijazah rm 60 satu jam kredit. Ada sesetengah ipts yang mengenakan yuran sebanyak rm250 untuk satu jam kredit. Kementerian pengajian tinggi pernah menegur kuin kerana mengenakan yuran yang terlalu rendah seolah-olah mensia-siakan sumber yang ada iaitu yuran pelajar.

Kenaikan yuran juga untuk menampung kos penambahan pensyarah. Jumlah pelajar dalam sesebuah dewan kuliah sekarang ialah 150, manakala jumlah yang yang disyorkan oleh kpt ialah 50 orang untuk diberi keselesaan pembelajaran.

Selain itu, kuin ada mengenakan yuran pentadbiran kepada pelajar. Yuran ini bertujuan untuk peperiksaan, percetakan dan lain-lain lagi.

4. ETIKA PEMAKAIAN PELAJAR WANITA
Masalah ini berlaku di kuliah kejururawatan dan hospitaliti kerana kuliah ini mewajibkan pelajar memakai pakaian seragam sesuai dengan bidang yang dipelajari, kod etika yang dikeluarkan oleh kuin memang tidak menyalahi tuntutan syarak. Cuma ada segelintir pelajar wanita yang melakukan ubahsuai dan menyebabkan pakaian ini tidak memenuhi tuntutan syarak. Pihak hep akan melakukan tindakan yang sewajarnya untuk mengatasi masalah ini.

5. KEMUDAHAN ASAS DAN BILIK KULIAH TIDAK MENCUKUPI
Pihak kuin memang mengakui kelemahan ini, ada sesetengah bilik kuliah yang tidak mempunyai kemudahan kerusi, meja, mikrofon dan lcd yang secukupnya. Walau bagaimanapun pihak kuin memang berusaha untuk memastikan setiap bilik kuliah mempunyai kemudahan yang lengkap.

6. MASALAH PENGANGKUTAN PELAJAR YANG TINGGAL DI ASRAMA
Kuin hanya mempunyai 3 buah bas dan tidak mampu untuk mengangkut beribu-ribu pelajar yang berada di 4 asrama, untuk mengatasi masalah itu, kuin terpaksa menyewa bas-bas dari syarikat luar setiap hari dengan kos rm40 satu perjalanan. Oleh sebab itulah kuin terpaksa mengenakan sedikit yuran pengankutan kepada pelajar.

​ Secara kesimpulannya memang pihak kuin berusaha untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pelajar, tetapi kekangan utama ialah faktor kewangan. Peruntukan dari kerajaan negeri ialah 9 juta setahun, manakala perbelanjaan ialah 30 juta setahun. Kuin terpaksa mencari jalan untuk menampung lebih dari 20 juta. Jikalau kuin menaikkan yuran, maka pelajar akan mengadakan demontrasi, kalau yuran tidak dinaikkan, maka semua masalah ini sukar untuk diselesaikan. Dilema inilah yang dihadapi oleh pihak kuin sekarang.

KESIMPULAN
Akhirnya bolehlah kita simpulkan bahawa isu KUIN ini menjadi panas disebabkan beberapa faktor :
1. Kegagalan pihak pentadbiran KUIN menyelesaikan masalah yang disuarakan dan tidak membuat penjelasan secara terperinci kepada pelajar.
2. Kegagalan MPM mendapatkan penjelasan tentang masalah yang mereka bangkitkan.
3. Hubungan pentadbiran KUIN khususnya HEP dengan MPM yang semakin renggang.
4. Masalah kewangan yang dihadapi oleh KUIN.
5. Demontrasi yang dilakukan untuk mengangkat isu ini kepada umum.
6. Permainan media menjadikan isu ini kontraversi.
7. Hubungan pegawai tinggi KUIN dengan staf bawahan pensyarah tidak begitu baik.
8. Campurtangan daripada pihak luar yang mengeruhkan keadaan.

Semua pihak berharap agar isu kuin ini segera selesaikan dengan cara yang baik. Semua pihak mesti bersedia duduk berbincang dan berlapang dada untuk menerima kelemahan dan kekurangan masing-masing. Matlamat perjuangan mesti diletakkan dihadapan mengatasi kepentingan peribadi. 

Keikhlasan dan keazaman untuk mencari penyelesaian adalah anak kuncinya. Agar beroleh keredhoan didunia dan diakhirat.

Kerajaan negeri, khususnya MB sgt komited utk merungkai masalah KUIN sejak bertahun-tahun menjadi cacamerba dibawah BN. Sebarang tindakan yang memberi kesan negatif kepada KUIN dan kerajaan negeri sangat memberi bekas kpd usaha2 ini. Kerajaan harus diberi peluang dan masa untuk merungkai masalah ini satu persatu. Kami hanya perlukan sedikit masa dan sokongan, bukan kegopohan dan aksi gelojoh akibat tertusuk jarum UMNO.

Siapa yang peduli dengan KUIN sebelum ini? Kenapa susah payah membangunkan KUiN tidak dipeduli, tetapi bila ada pihak yang tergopoh gapah mencalarkan imej dan melanggar peraturan sedia ada diambil tindakan, dipersalahkan KUIN pula! Diarahkan pula memberi kemaafan kerana mereka punya hak untuk berdemo walaupun atas asas teknikal yang tidak sepatutnya diangkat sebagai perjuangan mahasiswa.

Ya boleh! Kata MB, tetapi mesti melalui proses rayuan. Hari ini mereka menghantar surat "tidak mengaku salah" malah mengecam pengurusan KUIN dan Lembaga tatatertib, juga membuat edaran kpd media. Surat itu dibuat oleh peguam yang mereka lantik. Siapa pula peguam itu? Fahamkan mereka isunya apa, masalahnya apa, puncanya apa dan kenapa tindakan diambil?

Pada 6 Jun ini, sesi kemasukan pelajar baru bermula. Pihak pelajar yg kena tindakan dan penyokong mereka mengadakan kempen boikot sesi itu, dan mungkin ada demo lagi. Apa tindakan yg perlu? Maafkan? Tengoklah.......!

Selepas semua usaha dan perbincangan untuk membantu dari kami di DPPNK tidak dipedulikan, malah pihak diluar terutama di KL lebih senang didampingi untuk mencari sandaran atas ketelanjuran mereka..kalau perlu, Saya mahu istiharkan Perang!!!! Dengan kedegilan!

Muhammad Sanusi Md Nor. -

Terima kasih atas semua pihak yang membantu mencerahkan isu ini khususnya mantan Presiden MPMKUIN yang membantu menyediakan laporan ini.