RENUNG-RENUNGKAN LAH WAHAI SAHABAT


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah A-Maidah ayat 8)


Rabu, 11 Januari 2012

HASAN ALI PERLU BERJIWA BESAR, LETAK JAWATAN!

Susulan daripada pemecatan Datuk Dr. Hasan Mohd Ali daripada PAS, berbagai berita yang kebanyakannya bersifat spekulatif membanjiri ruang berita sama ada di media elektronik, cetak mahupun maya. yang kebanyakannya memaparkan komen-komen daripada individu-individu yang satu spesis dengannya.

Berita terbaharu yang diterima menyatakan bahawa Hasan Ali akan membuat pengumuman menyertai UMNO besok, namun berita tersebut juga masih bersifat spekulatif. Kita tunggu sajalah besok sama ada spesis katak baru akan muncul dipersada politik negara kita. Pemergian beliau sudah asti tidak akan ditangisi oleh para pendokong gerakan remormasi mahupun penyokong dan aktivis Pakatan Rakyat secara umumnya.

Sebelum ini MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telahpun memohon supaya Hasan Ali meletakkan jawatan EXCO Selangor yang dianugerahkan kepada beliau atas kapasiti sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor, memandangkan beliau tidak lagi mewakili suara PAS dalam kabinet negeri Selangor. Ketika beliau dilucutkan sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor Tan Sri Khalid mengambil pendirian tidak melucutkan jawatan EXCO tersebut walaupun terdapat juga suara-suara yang memohon langkah tersebut diambil. Sudah tentulah MB Selangor dan pucuk pimpinan PAS mempunyai percaturan politiknya, walaupun sepatutnya Hasan Ali sudah lama digugurkan.

Kita juga melihat Hasan Ali juga seolah-olahnya sudah tidak berminat lagi memegang jawatan tersebut. Buktinya pada mesyuarat EXCO hari ini beliau tidakpun hadir. Kalau begitulah pendirian beliau, Hasan Ali sepatutnya mempunyai jiwa besar dan keberanian melepaskan jawatan EXCO tersebut memandangkan beliau tidak lagi mewakili suara PAS. Beliau boleh saja mendakwa bahawa perlantikannya adalah oleh Baginda  Sultan Selangor dan tidak akan melepaskan jawatan kecuali baginda menitahkan begitu. Sudah tentulah sebagai seorang yang memperjuangkan dan mempertahankan institusi raja-raja Melayu (sebagaimana yang sering diwar-warkannya) beliau perlu menunjukkan beliau begitu mematuhi titah Sultan.

Namun Hasan Ali harus ingat! Dalam tradisi institusi Raja-Raja Melayu, Menteri Besar adalah merupakan Mamak Bendahara yang amat dihormati oleh masyarakat Melayu sebagaimana mereka menghormati Raja. 

Oleh itu jika Hasan Ali benar-benar menghormati tradisi Melayu maka beliau seharusnya mempunyai jiwa yang besar dan keberanian untuk mematuhi nasihat Mamak Bendahara iaitu melepaskan jawatan dengan sukarela!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan