RENUNG-RENUNGKAN LAH WAHAI SAHABAT


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah A-Maidah ayat 8)


Selasa, 10 Januari 2012

USTAZ NASHA, KAMULAH YANG SEPATUTNYA LEBIH MATANG BERPOLITIK!

"Jangan hanya kerana kita bercakap dengan orang Umno kita dikatakan nak jadi Umno. Kerana kita bercakap dengan akhbar Umno maka kita nak jadi Umno. Harap selepas ini politik kita menjadi matang," katanya.

Demikian petikan kata-kata Nasharudin Mat Isa, mantan Timbalan Presiden PAS sebagaimana yang dipetik dari Malaysiakini.

Persoalannya, bukan pasal Hasan Ali bercakap dengan orang UMNO ataupun akhbar UMNO! Persoalannya kerana berperangai tidak senonoh sebagaimana yang digambarkan oleh Tok Guru Nik Aziz. Mana mungkin ada parti yang membiarkan ahlinya sewenang-wenang mempertikai setiap tindak-tanduk pemimpin parti sendiri, berulang-ulang kali, menggunakan media musuh pula? Bukan baru sekaran Hasan Ali berkerenah begitu. Malahan setiap kali ada pilihanraya kecil ada saja polemik yan ditimbulkan oleh beliau.

Ustaz Nasha! kamu sebagai bekas Timbalan Presidenlah yang sepatutnya lebih matang berpolitik. Jangan disebabkan kalah dalam pemilihan parti lalu haluan kamu amat jelas sudah berbeza dan berlainan nada.



1 ulasan:

  1. nasah ni pun tkde tokoh pemimpin

    sesuai utk umno

    BalasPadam