RENUNG-RENUNGKAN LAH WAHAI SAHABAT


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah A-Maidah ayat 8)


Khamis, 19 Januari 2012

HASAN ALI KEKAL TIM. PENGERUSI MAIS, MASALAH DIJANGKA BERLARUTAN!

Bekas EXCO Agama yang dipecatkan, Dr. Hasan Ali dikekalkan sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, walaupun beliau telah digugurkan oleh Sultan Selangor Sebagai EXCO. Menurut pengerusi MAIS, Datuk Setia Mohd Adzib Isa, perkara tersebut telah diputuskan dalam mesyuarat yang diadakan pada 17 Januari lalu. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Hasan Ali.

Dengan perkembangan terbaru ini, jelaslah bahawa sesungguhnya Kerajaan Negeri Selangor yang dipilih oleh majoriti rakyat tidak ada langsung kuasa dan pengaruh ke atas MAIS, dan MAIS juga secara tidak langsung tidak menghormati pendirian kerajaan negeri.

Persoalannya, adakah mesyuarat yang memutuskan nasib Hasan Ali yang turut dihadirinya berjalan mengikut peraturan? Apakah tidak ada unsur-unsur "conflict of interest" kerana batang tubuh orang yang menjadi subjek mesyuarat turut hadir?

Apapun, maka tepatlah sekali pendirian Tan Sri Khalid mengambil-alih jawatan EXCO Agama kerana telahpun nampak riak-riak pertembungan antara MAIS dan Kerajaan Negeri yang sudah pasti tidak termampu Dr. Ahmad Yunus Hairi menanggungnya.

1 ulasan:

  1. Hassan ali tak ada maruah diri dah orang tak suka dan tak sudi terhegeh hegeh macam kerang busuk nama aje pakar motivasi tapi diri sendiri tak da harga malulah tarik diri pegi betapa didalam gua tempurung musabab diri lagi baik.

    BalasPadam