RENUNG-RENUNGKAN LAH WAHAI SAHABAT


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah A-Maidah ayat 8)


Sabtu, 28 Januari 2012

PENGAJARAN BUAT USTAZ NASA, TIADA BEBAN BATU DIGALAS!

Diberitakan mantan Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa telah membuat laporan polis semalam berikutan penggunaan gambar beliau pada poster dan banner satu program ceramah politik yang dianjurkan Persatuan Perajurit Daerah Hulu Langat yang menampilkan Hasan Ali sebagai penceramah utama.

Ustaz Nasa menafikan penglibatan beliau dalam program tersebut dan turut menegaskan akan terus bersama PAS. Kita hargai usaha Ustaz Nasa dalam membersihkan nama beliau daripada dikaitkan dengan program yang bertujuan menyediakan platfom kepada Hasan Ali untuk membelasah PAS dan Pakatan Rakyat.

Walau bagaimanapun, sekiranya bukan kerana kelakuan pelik Ustaz Nasa sejak akhir-akhir ini termasuk hadir ke rumah Hasan Ali ketika beliau dipecat serta memberikan pula beberapa komen selepas itu, pastilah tidak semudah itu orang akan mempergunakan gambar beliau di sisi Hasan Ali. Apa yang ada dalam hati Ustaz Nasa orang tidak nampak, tetapi apa yang beliau ucap dan lakukan itu menjadi perhatian orang.

Oleh itu kepada Ustaz Nasa, kalau betul anda masih sayang dengan PAS dan PR, berhati-hatilah dalam segala tindak tanduk dan tutur kata anda! Ini merupakan satu pengajaran, tiada angin masakan pohon bergoyang! Janganlah bersikap tiada beban batu digalas!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan