RENUNG-RENUNGKAN LAH WAHAI SAHABAT


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah A-Maidah ayat 8)


Isnin, 9 Januari 2012

ADAM ADLI TAK AKAN MERAYU, KOYAK SURAT PENGGANTUNGAN

Aktivis pelajar yang semakin popular di kalangan penyokong dan aktivis pembangkang dan remormasi, Adam Adli Abdul Halim yang digantung pengajiannya di UPSI selama tiga semesta menyatakan dengan tegas tidak akan merayu terhadap hukuman yang diterimanya kerana insiden menurunkan bendera PM Najib.

"Saya tak kisah gantung, gantunglah saya. Kita akan terus lawan di mahkamah luar," tegas anak muda berjiwa kental asal Pulau Pinang.

Malahan beliau mengambil pendirian tidak akan merayu terhadap hukuman yang diterimanya, dan mengoyak surat penggantungan tersebut.

"Saya diberi peluang merayu, tetapi buat apa saya nak merayu dengan orang sebegini!" kata beliau dengan sinis.

Beliau turut menyifatkan panel juri lapan orang untuk prosiding terhadapnya sangat bias dan merupakan orang-orang UMNO, termasuk salah seorang daripadanya Prof. Zainal Kling.

"Saya pun tak faham macam mana orang ini boleh bergelar profesor ....." kata Adam Adli, wira baru anak muda Malaysia.

1 ulasan:

  1. patutlah kena gantung....prof. kangkung keling pun ada...tapi takpa lah adam...dapat ijazah tapi jiwa penakut dan ilmu dari prof. kangkung takde sape respectpun...aku pasti kau akan lebih teruji dan matang dengan open universiti (luar universiti)dari dok kat UPSI yang prof. nya akal kemetot !

    BalasPadam