RENUNG-RENUNGKAN LAH WAHAI SAHABAT


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah A-Maidah ayat 8)


Rabu, 18 Januari 2012

UMNO PERTIKAI BUKAN PJ PAS JADI EXCO?

Meroyan lagi puak-puak pencacai ni.....!!!! Sebentar tadi salah seorang pemimpin parti lawan di Selangor mengulas tentang perlantikan Adun Sijangkang YB Dr. Ahmad Yunus Hairi mengantikan Hasan Ali sebagai ahli EXCO Kerajaan Negeri Selangor.

Bagi beliau, ini menggambarkan kerajaan negeri yang lemah, kerana ketua parti di peringkat negeri (PJ PAS Selangor) tidak dilantik sebagai anggota EXCO. Mungkin beliau bercakap dari kaca mata UMNO yang suka memusatkan semua kuasa kepada satu batang tubuh pemimpin mereka a.k.a tamak kuasa!

Kenapa sebelum ini mereka tidak mendesak Hasan Ali digantikan dengan Dr. Rani (sebelum Hasan Ali dipecat) sedangkan waktu itu Hasan Ali juga bukan PJ PAS Selangor selepas digantikan dengan Dr Rani.

Entahlah.....payah bercakap dengan orang MEROYAN ni........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan