Ahli Jawatankuasa MCA Bahagian Seputih, Collin Tiew mengaku membawa kira-kira 50 orang ke rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran kumpulan pendesak Melayu PERKASA yang membawa kepada tercetusnya kontroversi "angpow putih" baru-baru ini.
Bagaimanapun Tiew yang juga Ketua Cawangan MCA Seri Desa mempertahankan tindakannya kerana hadir atas kapasiti sebagai pengerusi sebuah persatuan kebajikan dan bukannya sebagai ahli MCA.
Tindakan Perkasa memberikan angpow dalam sampul berwarna putih menimbulkan kontroversi kerana mengikut adat orang-orang Cina, pemberian angpow dalam sampul putih adalah khas untuk upacara pengkebumian dan dianggap menghina kaum tersebut.
Naib Presiden Gerakan dan Setiausaha Agung Pemuda MCA telah menyelar tindakan Perkasa dan meminta NGO tersebut memohon maaf kepada masyarakat Cina.
Haiyaaaaa! sepatutnya Gerakan dan MCA kenalah belasah sama AJK Bahagian Seputihnya itu, malahan kena belasah lebih teruk lagi sebab dah tentu Collin Tiew itu berbangsa Cina tetapi kenapa gagal memberikan nasihat kepada puak Perkasa yang dikatakan tidak tahu menahu tentang budaya Cina itu. Walaupun dia hadir atas kapasiti apapun dia tetap hadir atas kapasiti seorang berbangsa Cina.
Kalau Gerakan dan MCA gagal membelasah sama Collin Tiew, bermakna sama sajalah mereka dengan Perkasa, SAMA-SAMA RASIS! Selepas ini bolehlah mereka nyanyikan lagi "Kita Serupaaaaaa......"
Bak kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, "Rasis Cina adalah MCA, rasis Melayu adalah Perkasa dan Utusan, mereka dah bersatu jadi abang adik, sokong sama sokong."
"Perkasa hina orang Cina itu perkara biasa tetapi apabila MCA juga terlibat sama bawa Perkasa untuk sama-sama hina orang Cina itu yang saya tidak boleh terima," tambah Guan Eng melalui rakaman audio sidang medianya kepada TV Selangor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan