RENUNG-RENUNGKAN LAH WAHAI SAHABAT


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah A-Maidah ayat 8)


Khamis, 26 Januari 2012

MACAM MANA NAK SELAMATKAN AKIDAH ORANG LAIN KALAU BUAT KERJA MENIPU?



KENYATAAN MEDIA

26 Januari 2012


JEMPUTAN PROGRAM HIMPUNAN SEJUTA UMAT MENGGUNAKAN KEPALA SURAT PALSU PEJABAT EXCO AGAMA ISLAM

Saya begitu kesal dengan tindakan pihak tertentu, memalsukan surat saya dengan menggunakan kepala surat palsu Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) berhubung Jemputan Menghadiri Program Perhimpunan Himpunan Ummah Selamatkan Akidah yang dijadual pada 28 Januari 2012 di Pusat Budi Penyayang, Kepala Batas.

Surat bertarikh 19 Januari 2012, yang ditujukan kepada pengerusi Qaryah Masjid Pulau Pinang itu juga menggunakan nombor rujukan palsu, selain hanya memaparkan nombor faks pejabat saya tanpa meletakkan nombor telefon pejabat.

Ingin saya tegaskan kerajaan negeri tidak terlibat dalam penganjuran majlis tersebut, yang saya difahamkan adalah anjuran beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Tindakan memalsukan surat rasmi bagi menjemput orang ramai menghadiri majlis tersebut, bukan sahaja menggambarkan sikap tidak bertanggungjawab dan tidak beretikanya pihak berkenaan, bahkan ia mencerminkan hati budi mereka yang sebenarnya.

Lanjutan daripada itu, saya telah membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Timur Laut, George Town pada jam 2.12 petang tadi bagi menyiasat perkara ini.

YB ABDUL MALIK KASIM,
EXCO HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG

26 Januari 2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan