RENUNG-RENUNGKAN LAH WAHAI SAHABAT


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah A-Maidah ayat 8)


Jumaat, 6 Januari 2012

POLIS BENARKAN PERHIMPUNAN 901 DI RUANG LETAK KERETA, AYOH!

Hasil daripada perbincangan beberapa orang pemimpin kanan PKR dengan Ketua Polis Kuala Lumpr, Datuk Mohamad Salleh di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur akhirnya pihak polis telah membenarkan perhimpunan pada 9 Januari 2012 (901) diadakan di kawasan letak kereta perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur.


Perjumpaan selama hampir satu jam tersebut telah dihadiri Timbalan Presiden, Azmin Ali, Naib Presiden N. Surendran, Ketua Wanita Zuraidah Kamaruddin, Ketua AMK Shamsul Iskandar Mat Akin dan Pengarah strategik Rafidzi Ramli.
Hasil daripada perundingan lima orang pemimpin kanan dengan pihak polis akhirnya perhimpunan tersebut dibenarkan diadakan dengan syarat tiada banner atau poster "BEBASKAN  ANWAR" 
Ayuh! kepada semua penyokong keadilan sejagat, hadirkan diri anda tanpa menghiraukan laporan-laporan polis dan gertakan-gertakan bodoh dari NGO dan puak-puak pengampu "buta perut".


Tiada ulasan:

Catat Ulasan