RENUNG-RENUNGKAN LAH WAHAI SAHABAT


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah A-Maidah ayat 8)


Khamis, 12 Januari 2012

PASUKAN PENDAKWA AKAN RAYU, APAKAH SKRIP RAMPASAN PERAK AKAN BERULANG?

Pasukan Pendakwa kes Liwat 2 akan mengemukakan rayuan. Menurut ketua pasukan pendakwa, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, beliau akan mengusulkan kepada Peguam Negara, Tan Sri Abd Ghani Patail supaya kes tersebut disemak semula dan rayuan dibawa ke mahkamah.

"Dengan bukti-bukti yang ada, saya akan mengusulkan kepada Peguam Negara supaya kes ini disemak semula dan dipertimbangkan untuk rayuan terhadap keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur," kata beliau.

Walaubagaimanapun menurut beliau, pihak pendakwa akan memohon penghakiman bertulis supaya dapat menelitinya sebelum meneruskan proseding rayuan tersebut.

Dengan perkembangan terbaru ini, kita amat khuatir drama rampasan Perak akan berulang lagi! Berita lanjut di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan