RENUNG-RENUNGKAN LAH WAHAI SAHABAT


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah A-Maidah ayat 8)


Jumaat, 13 Januari 2012

SULTAN PERKENAN HASAN ALI DIGUGURKAN SEBAGAI EXCO

Akhirnya Dr. Hasan Ali digugurkan sebagai ahli EXCO Kerajaan Negeri Selangor selepas mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor selepas Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mengadap baginda pagi tadi.

Menurut Tan Sri Khalid, baginda Sultan telah bersetuju dengan pendapat beliau bahawa memandangkan Hasan Ali tidak lagi mewakili PAS maka beliau tidak boleh lagi menjadi ahli EXCO dan baginda turut menurunkan kuasa kepada beliau untuk melantik ahli EXCO yang baru.

Menurut Khalid lagi, beliau akan menghubungi PAS Pusat bagi bagi membincangkan perlantikan ahli EXCO yang baru bagi mengisi kuota PAS, dan majlis perlantikannya akan disempurnakan Rabu depan di Istana Kayangan.

Ekoran pengguguran tersebut maka hak keistimewaan Hasan Ali sebagai ahli EXCO turut digugurkan, tambah Khalid.

Alangkah baiknya kalau Hasan Ali menunjukkan jiwa besarnya dengan secara sukarela melepaskan jawatan tersebut dan bukannya dengan cara digugurkan begini. Saya sebagai salah seorang dari BEKAS PENGAGUM Hasan Ali juga turut merasa terkilan dengan PERANGAI BURUK yang ditunjukkan oleh pakar motivasi ini.

Semoga dengan berakhirnya kemelut yang sengaja direka ini, Tan Sri Khalid akan dapat menumpukan segala usaha dan tenaga bagi mentadbir Negeri Selangor tanpa sebarang gangguan lagi, dan dapat pula mengetuai PR Selangor memertahankan Negeri Selangor dalam PRU 13.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan