RENUNG-RENUNGKAN LAH WAHAI SAHABAT


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah A-Maidah ayat 8)


Isnin, 16 Januari 2012

SASTERAWAN NEGARA DR MUHAMMAD HJ SALLEH KECEWA LAPORAN BERITA HARIAN

Sasterawan Negara Prof. Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh melahirkan rasa kecewa terhadap Berita Harian kerana TIDAK BETUL dan tidak menggambarkan apa yang beliau nyatakan berkaitan masalah orang melayu di Pulau Pinang.

Beliau menegaskan tidak menyebut sama ada kerajaan BN atau DAP dan mengharapkan orang yang berfikir dapat meneka, "Apa yang saya sebut adalah selama 50 tahun lebih orang Melayu lari ke Seberang ......" kata beliau terhadap laporan bertajuk "DAP binasakan identiti Melayu, Sasterawan Negara desak selamatkan warisan sejarah" yang disiarkan Berita Harian pada 14 Januari lalu.

"KERAJAAN SEKARANG BARU SAJA BEBERAPA TAHUN MEMERINTAH, dan baru saja cuba menangani masalah ini .... apa yang berlaku sejak 50 TAHUN ini ialah tragedi orang Melayu dan orang miskin," tegas beliau.

Ekoran salah lapor tersebut beliau berharap Berita Harian bertanggungjawab secara etikal dan moral untuk menyiarkan penafiannya.

Wahai sekelian rakyat jelata, lihatlah betapa BENGONGNYA pemberita terbabit dalam menafsirkan apa yang dikatakan oleh Sang Prof itu.......LU PIKIRLA SENDIRI......

Inilah beritanya sebagaimana yang disiarkan oleh Malaysiakini:

"Jangan heret saya dalam perkelahian politik"

 Sasterawan Negara Prof Emeritus Dr Muhammad Haji Salleh menyatakan kekecewaannya terhadap laporan sebuah harian berbahasa Melayu berhubung laporan yang mendakwa DAP "membinasakan" identiti Melayu.

Katanya, laporan Berita Harian bertarikh 14 Januari -- bertajuk "DAP binasakan identiti Melayu: Sasterawan desak selamatkan warisan sejarah"-- tidak betul dan tidak menggambarkan apa yang diucapkannya.

"Saya tidak menyebut kerajaan BN atau DAP dan mengharap orang yang berfikir dapat meneka - tetapi selama 50 tahun lebih orang Melayu sedikit demi sedikit lari ke Seberang, terperosok di rumah pangsa yang sempit dan kehadiran mereka di negeri ini, terutama di pulau, semakin menipis.

"Ramai daripada mereka miskin dan terdesak. Masalah yang dihadapi orang Melayu berusia lebih 50 tahun. Kerajaan sekarang baru saja beberapa tahun memerintah, dan baru saja cuba menangani masalah ini," katanya.

Dr Muhammad berkata, beliau tidak berminat menyokong kerajaan mana pun, sebaliknya hanya bertindak sebagai "pemerhati dan pengkaji orang Melayu dan orang Malaysia di Pulau Pinang" dan ingin mengetengahkan masalah mereka.

"Apa yang berlaku sejak lebih 50 tahun ini ialah tragedi orang Melayu dan orang miskin," kata pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM) itu.

Dalam kenyatannya semalam, Dr Muhammad menegaskan, masih terdapat orang Malaysia yang "tidak berfikir dari sudut dan untuk parti" dan sebagai penulis, beliau ingin melihat dan berfikir dengan saksama.

"Harap jangan diheret saya ke kancah perkelahian politik. Pengarang ialah kata hati masyarakat dan kami ingin menjalankan tugas kami dengan jujur," katanya lagi.

Sehubungan itu, ekoran salah lapor itu, beliau berkata, Berita Harianbertanggungjawab secara etikal dan moral untuk menyiarkan penafiannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan